Wednesday, March 30, 2011

Bagai kera dapat Bunga !

Hai peeps ! quickly update from me. banyak assignment nak kene siapkan. tengok tak tajuk entry nih ? bagai kera dapat bunga. okeh ! i'm not kera yerp. nak share ngn korang hari ni aku dapat bunga. cuba teka siapa bagi ? jeng .. jeng .. jeng .. for sure bukan dari secret admire, sugar daddy, peminat or fans. aku ni tak sefemes Fatin Liyana yang cantik gebu awesome tu nak dapat bunga sedozen bagai kan. 
(cik Fatin saya pinjam nama awak jap ye..mekaceh !) aku ni Fara yang biasa-biasa jer..

actually bunga ni si Amoi bagi tapi bukan by hand laa. kebetulan campus kitorang ada buat macam Friendship Day. so siapa-siapa nak dedicate hadiah or wut-so-ever leh datang kat booth for order. and si Amoi ni one of the customer yang singgah ke booth tu untuk bagi bunga ni. mula-mula tu aku memang tak tahu si Amoi ni nak bagi bunga. dia sendiri yang kantoikan plan dia kat aku. she is a kind-hearted girl okeh. aku , shida dengan kechik masing-masing dapat bunga. so tak ada la nanti ada yang gado tarik rambut sebab jeles tak dapat bunga kan.. HEHE. apapun really appreciated this. aku memang suka giler bunga ros merah. lambang CINTA gituwww..

si Amoi
thanks dear for the red rose.
love it !

Tuesday, March 22, 2011

Laman sesawang yoow

kacau bilau hidup aku sem ni. lagi-lagi bila kene buat website.
bahasa melayunya "laman sesawang"..HAHA.sumpah buruk dimelayukan. ni aku nak cerita sikit pasal assignment aku. actually aku amik course sytem networking. so apa related nya aku kene buat website dengan course yang aku amik ? aku bukan budak IT.macam menyusahkan. the most challenging part bila kene create database.demm! macam nak mampos aku nak create table semua. guna manual okeh.edit dekat command prompt.habis sem memang botak bai kepala guwa.
at least budak ni nampak comel bila botak.
kalau aku ? tak dapat aku bayangkan.*pengsan

p/s: esok kene stayback kat lab nak configure bridge,router,AP..*pengsan gulik-gulik

Sunday, March 20, 2011

Ya Allah,kuatkan lah semangat hamba-MU ini .

terasa macam nak menangis lagi hari ni. sumpah lately ni aku rasa terlebih sensitif. semalam mak call. mula-mula okeh borak-borak gelak-gelak lepas tu hamik kau. tak tertahan da rasa nak menangis. semua aku cerita kat mak. i be so tension this semester plus all my application for internship was rejected. but thats not the point. aku rasa sem ni memang tough giler. rasa tak sanggup. i'm so worried about all my subjects especially network wireless.

susah sangat ke ? bagi aku subject ni bukan susah tapi our project sumpah susah. masuk lab aku jadi blur. budak lain tolong pulak kan.hampeh ! sumpah sedih bila aku harap kawan-kawan ajar tapi ajar macam nak tak nak. seriously aku rasa annoying nak mampos. dok terhegeh-hegeh cakap dengan korang tanya itu ini then korang boleh cakap.."hah..apa? kau dah setting tu?ko configure ini"-- ini yang korang jawab.hmm..tak luak  pun ilmu korang kalau ajar orang tak pandai macam aku ni. belajar tinggi-tinggi tapi kedekut tak guna. orang kata biar ilmu tu tak tinggi tak pandai tapi dalam diri ada sifat tolong-menolong.
ingat ! kita ni tak selalu di atas.
Ya Allah, permudahkan lah urusanku pada sem ini. berilah hamba-MU ini petunjuk.amin. "

p/s: mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.Insyaallah.

Friday, March 4, 2011

semalaman ke-bosan-an.

1.10am. aku tak tidur lagi.mengadap assignment kononnya.
tak sampai satu jam pon.so aku blog-walking kejap.saja.
cari info best.on fesbuk.tak sampai 5 minit aku signout.bosan okeh.
tweeter?sorry aku tak main tweeter.nak try tapi nanti dulu lah.yang ada pon tak terlayan.
sila jangan tamak haloba okeh?good!

aku tengok desktop aku bersepah dengan file.
biasalah student.save document semua kat desktop.
senang nak cari.
on laptop.gerak gerak cursor.dah jumpa file terus click.
cepat kan?tak payah susah click sana click sini.
lumrah.manusia suka kan kerja yang cepat dan ringkas.
mudah dan tak pening kepala.

tengok file bersepah macam sampah. so aku create folder baru.
susun ikut subject.lagi teratur.
tapi aku ni jenis yang suka sepah kerja depan desktop.
agak agak dah pening baru la kemas.
kalau NR yang pegang.dia yang akan susun semua folder dalam ni.
nice kan dia? tak.saya lagi nice + cute.okeh perasan!

esok nak balik KL tapi barang tak kemas lagi.
buku pensil pemadam highlight bagai semua aku tabur atas meja.
kau ingat ada orang nak kemas barang kau ke?
esok pagi je la kemas.sempat ke?
rasa sayu nak balik.lepas ni lama lagi baru dapat balik jumpa mak dengan ayah adik-adik semua.

p/s: banyak kenangan sedih sejak duduk KL.

Tuesday, March 1, 2011

Tentang Coklat Si Hitam Manis !

hello readers. how was your day today? memandangkan sekarang ni aku tengah midsem break so kerja aku online sahaja lah. tadi sambil dok study suddenly mak aku datang dekat aku. ingat ape hal la tadi. "along nak coklat ?" hah? terpinga-pinga kejap.mana datang pulak cekelat..haihh. "mana cekelat nya mak. meh la sikit" dalam hati spoiled diet aku je..huhu..

mana la daya aku nak tolak kau wahai si cekelat idaman hati.
 ayat mintak lempang..ishh

*********
sumpah sedap coklat ni. makan punya makan (dah nak abis aku kerjakan toblerone tu) tetiba aku terfikir 'coklat ni menggemukkan ke ?' 'berapa lah kolestrol coklat ni agaknya..gemok gemok..haihh'.
so kat sini aku nak share some info pasal coklat kesukaan ramai ni. tak kisah la coklat apa pun.kalau da namanya pun coklat mesti semua orang suka. ada ke yang tak suka?

 Tentang coklat :
1. Kajian menunjukkan coklat sebenarnya tidak menggemukkan. kenapa? kandungan lemak dalam coklat adalah dari lemak koko. lemak koko adalah lemak tumbuhan atau lebih dikenali sebagai lemak sayuran. 36% dari lemak koko boleh dipanggil "good fat". 
coklat yang kita suka atau budak kecik makan sebenarnya adalah COKLAT TENUSU. sebab tu bila kita makan rasa sedap je. macam tak nak berhenti pun ada.
info : http://www.allchocolate.com/health/nutrition/fats.aspx

2. theori saintis mengatakan tumbuhan mengandungi antioxidant secara neutral. ini untuk mengurangkan kita daripada stress. yang selalu stress tu boleh la makan coklat. especially time nak exam. antioxidant juga mengurangkan risiko dari pelbagai penyakit seperti kanser dan sakit jantung. dari apa yang aku baca, antioxidant yang terkandung dalam DARK CHOCOLATE adalah sangat baik untuk kesihatan jantung selain melancarkan sistem perjalanan darah dan juga kandungan kolestrol.

3. khasiat coklat untuk kesihatan adalah antioksidan. ia diperolehi dari biji koko yang mengandungi antioksidan flavanoid yang berguna untuk menahan radikal bebas. tapi khasiat antioksidan bergantung pada kadar koko dalam coklat yang kita gunakan. semakin besar kadar kokonya maka makin besar manfaat antioksidan dalam sepotong coklat yang kita makan. untuk melihat kadar antioksidan kita boleh lihat dekat sampel coklat ataupun pada warna coklat. lagi gelap coklat tu maknanya makin besar kadar koko dalam coklat tu. maknanya lagi gelap lagi bagus.

4. coklat tidak menggemukkan. isu sebenarnya bila kita ni makan secara berlebihan. makan sederhana termasuklah coklat, diiringi dengan senaman adalah salah satu cara untuk menjaga berat badan. yang penting tahap kecerdasan bukan hanya kehilangan berat badan tapi penjagaan kesihatan tu penting. menurut Persatuan pemakanan amerika adalah disyorkan supaya "coklat boleh dimakan secara sederhana". ni kalau hang dok bantai satu bar tiap-tiap hari memang hujung bulan gedempol la jawabnya.
info : http://www.potensi.com.my (korang cari artikel - salah anggap mengenai coklat)

so lepas ni boleh la makan coklat. tapi jangan pulak lepas ni pergi giant korang borong semua coklat lak ye.tak jadi apa la lepas tu tapi pape pun lepas dah melantak coklat tu jangan lupa gosok gigi ye. gigi nya rompong dong jika tidak digosok.smile :)

p/s: dulu belajar biologi.ada la jugak belajar pasal antioksidan 
ni tapi bila sambung belajar lari bidang la pulak..

1 March 2011


goodbye February
welcome March

p/s : goodnight  guys. time to sleep

Followers