Thursday, December 9, 2010

Nak emo boleh ?

Lately ni I jarang online. bukan sibuk tapi tak sempat. sekarang ni I dah dapat part-time kerja.saja kerja time cuti sem ni.mahu cari duit lebih plus duduk rumah sangat bosan. sebenarnya, I kerja kat kedai kek.
eh salah-salah.bukan kedai kek tapi KEDAI BARANG-BARANG MEMBUAT KEK..hehehe..so far ok la kerjanya. penat? mestilah penat tapi mama cakap "mana ada kerja yang tak penat.semua kerja penat.". lagipon boss baik so tak ada lah rasa bosan je nak pergi kerja.

tapi..I akan jadi tersangat la emo bila balik dari kerja..kenapa ?
Entah ! malas nak fikir.. 

"do not think something that your mind cannot reach up.it will make you down."

Thursday, December 2, 2010

korean drama : Personal Taste

puas hati eden dah habis layan semua episod cerita korea Personal Taste. best kau cerita tu.sumpah tak tipu. sanggup aku tidur lambat semata-mata melayan cerita yang aku dah tengok.ishh cerita tu dah lama kau baru nak layan ke?biasalah orang lambat update macam I memang begini. tapi ape de hal.lambat-lambat pon janji guwa tengok.
tapi seriously cerita ni memang romantic gilerr.macam nak gila aku tengok Lee Min Ho berlakon.handsome banget itu cowok !!sila abaikan bahasa indon ni ye..but the more craziest is i love the footwear by Son Yeh Jin. sangat cantik ! then even dia punya style match making dengan banyak calour tapi still cantik and look stylo.

here are the best shot in this drama.
 
they look lovable..
overall, cerita ni memang sangattttttttt beshh !
jom layan lagi sekali nak ??

Wednesday, December 1, 2010

Alahai Asmara..Hmm

tengok nama entry pon dah semacam.hangat gitu..ye dak? anyway, ada sesiapa kat sini yang layan cerita Asmara? ala cerita slot samarinda tv3 tiap-tiap hari selasa malam..tak kan tak tahu (sape tak tahu abaikan.malas nak layan).so entry kali ni pasal cerita tu lah. korang jangan lak fikir asmara yang bukan-bukan ye. I babap you nanti.sila behave ye !
 
terus - terang I ni jarang dapat tengok drama Asmara. kalau cuti panjang dapat balik kampung baru la dapat tengok tv. tapi sekarang ni tengah cuti sem so masa yang ada digunakan sebaiknya dengan tengok tv.

  
sumber : mStar Online
Secara ringkasnya, Drama Asmara adalah bertujuan untuk menyarankan kepada golongan muda supaya tidak mengabaikan tanggungjawab dan menghormati nyawa walaupun nyawa seorang bayi yang belum dilahirkan.

tapi ....
kenapa ending dia begitu ye?spoil laa. totally i'm really dissapointed tengok ending drama Asmara tu..memang la kalau ikot logic ending sesebuah kehidupan tak selalu nya bahagia tapi tak kan macam tu lak end up nya? zalia mati and asmara kahwin dengan melati..hmm..expect for unexpected !
preview comment at facebook :
 
abaikan seni kreatif itu ye ..HAHA

p/s : drama melayu memang kene banyak nangis ye? 
haishhh..airmata aku mahal taw..

Monday, November 29, 2010

Macam malas pulak nak naik sem..tett

pejam celik pejam celik makn tido jalan merayap gitu gini tinggal berapa hari je lagi nak start sem.ni sem baru tahu! tengok subject agak-agak class pon macam pack.errr..

 nampak ke tak nampak ke , korang kene nampak kan jugak. kalau.tak nampak jugak pergi pinjam cermin mata atok jiran sebelah.NGEE~

myGod! kenapa lah class start awal yer? alahaii..lemah pulak sendi ni rasanya bila fikir kan class. sila jangan malas ye.ishh ! mana ada malas.saya rajin taw. mak saya pon cakap saya rajin. fine! kau memang perasan gila..

subject gua sem depan nih bai !
 
semoga sem depan lebih rajin dari sem ni (jangan cakap je.)..yesss! caiyok caiyok! aja-aja fighting(buat gaya sekali okeh..)

p/s: cuak nya nak tunggu result keluar.

Planning next vacation tapi nak pergi mana yek ?

Haahh ! siapa boleh jawab soklan aku kat atas tu aku bagi gula-gula.siapa cepat dia dapat..ko ni senget ke apa?ingat budak kecik agaknya nak sogok gula-gula. kalau bagi choclate fele-loche xpe gak.ishhh..seriously aku agak sangap dok umah cuti sem ni.nak pergi holiday tapi suddenly mak ayah pulak cancel and diorang cakap nak pergi melaka makan angin. what! melaka?okei,along tak nak ikot!!

then nak ke mana? by the time diorang ke melaka aku akan ke rumah makngah. i much-much prefer gong to makngah's house instead of melaka.bukan tak suka melaka tapi dah selalu sangat ke sana.i want another place to go.london ke? bandung ke? korea ke??amboii demand gile minah ni.lempang kang.mahu?jangan marah naa.saje je.teringin nak pergi negara orang tapi negara sendiri tak habis pusing..cheittt~

then sambil online aku pon dok meng-usha ticket air-asia ke bandung.memang murah tapi masalahnya ongkos pak.waduh! gi mana sih.so starting from now sila lah berjimat ye..HEHE..

Friday, November 26, 2010

Nak dapat kerja pun susah ke ?

hampir seminggu I duduk terperap kat rumah. bosan? dia punya bosan hang tok sah cakap lah.memang bosan yang teramat sangat. smpai dah tak tahu nak buat ape dah. at last pergi cari kerja. cari punya cari sampai sekarang tak dapat.dah bape tempat dah apply tapi satu pun tak mengena lagi. mintak kerja kedai handphone tak dapat. dekat 7-eleven pun tak dapat. kedai bunga pun sama. jawapan sama yang I dapat "boss tak ada lah.nanti kita suruh boss call.anything will decide later." and jawapan pasrah I "ohh ok.terima kasih ye ! " sambil senyum ala-ala comel..ishh ! tension ! and my last hope is tunggu jawapan dari kedai kek. kedai kek pon kek lahhhh janji kerja.

I  sebenarnya tak berapa kisah sangat pasal gaji. janji masa cuti I terisi. tak ada lah dok rumah dok buat lemak je.aishhh tak jadi apa kang jang. harap-harap dapat lah kerja tu nanti ye.insyaallah amin..

Monday, November 22, 2010

Harry Potter and The Deathly Hallows

wow! sekarang demam HP melanda seluruh dunia. it was awesome right? pergi mana-mana semua orang akan cakap pasal Harry Potter.korang mesti tahu kan pasal HP ni ? tak kan tak tahu. budak kecik pun tahu. makcik yang jual pisang goreng tu pun tahu siapa HP. siap nama pelakon tu beb! ishh jeles I.cuba la cakap pasal I.tapiiiii..kalau nak ngumpat I oh thanks! tak payah !simpan je la niat anda yang murni itu.

so, balik pada Harry Potter. korang dah tengok sequel terbaru HP, The Deathly Hallows? 
cehh..ceh..mukadimah nak memberitahu yang I sebenarnya dah tengok.HAHA ! overall sequel terbaru HP ni best even tak complete the whole sequel. part I ni more pada intro sebenarnya. macam mana Harry Potter , Ron Weasley & Hermione Granger nak cari Horcruxes untuk kalahkan Lord Voldemort.
selamat menonton ! ENJOY !
Harry Potter and The Deathly Hallows
after the wedding..they had to run away from the death eaters
The wizarding teens break into the Ministry of Magic disguised with Polyjuice Potion.
The gang receives inheritance news from the Minister of Magic

Professor Snape
p/s : dialog yang paling I ingat dalam HP part I
 '' You have nothing to fear if you have nothing to hide !  ''
all the pictures are credit to google image

Friday, November 19, 2010

Sem break !

YEAYYY !! MERDEKA !!woott apasal la excited sangat budak ni? gilo pe?
its now for holiday. lega rasanya otak ni bila dah abis exam. rasa relaks je. tenang setenang nya.dah tak ada lagi istilah 'stay up' sampai pagi. dan yang paling penting istilah EXAM is over..yeah !
so sekarang apa plan? tak kan nak habiskan cuti sem yang sebulan lebih dengan makan tido makan tido je. kalau tu je kerja nya lepas ni toksah la complaint kalau badan kembang macam tempayan. planning for part-time job tapi ada ke? cuti sem yang lepas-lepas tak pernah ada nya dapat kerja. bila tanya kerja kosong semua nak permanent..ishh..leceh betol ! sudah nya duduk rumah jadi penganggur. kenapa la susah sangat nak cari kerja? sila jawab please..saya nak tahu......

plan for holiday? ohh bunyi memang syok tapi nak cuti kemana? Ayah already asked for vacation but we all tak tahu nak pergi mana. tak apalah lets Ayah decide it later. I follow je.heheheh

will go for vacation at this placa someday..here I come bebeh !

Pulau Perhentian , Terengganu
Lang Tengah , Terengganu.

p/s : Harry Potter and The Deathly Hallows dah kuar. 
bila mawu nonton nya ya ?

Wednesday, November 17, 2010

Survey !

Apa barang paling penting dalam hidup saya ?
- Handphone ( N70..bila la nak beli handphone baru ye? )
 
- Laptop
- Kasut (heels yang baru tak pakai pun ada..sangat membazir !)
 
Barang terakhir yang saya beli menggunakan duit sendiri ?
- wedges from Vincci

 
Di mana tempat saya ingin melangsungkan perkahwinan saya dan apa tema perkahwinan saya nanti ?
- tak pasti tapi tema saya warna merah..then ada bunga ros merah & putih.

 
Adakah saya sedang bercinta sekarang ?
- Yes !
i love my moncet !
 
Berapa lama saya mencintai kekasih saya ?
-
sibuk je nak tahu. rahsia !
 
Apakah nama penuh saya ?
- Noor Farhana binti Abdul Kadir

 
Antara Mak and Ayah yang mana saya lebih mesra ?
- mestilah dua-dua..boleh pulak pilih kasih..

 
Namakan orang yang saya betul-betul nak jumpa dalam hidup saya ?
- orang yang mengenali saya :)

 
Adakah saya basuh baju saya sendiri ?
- kat hostel yes ! kat rumah errr..no komen !

 
Dimanakah tempat yang saya betul-betul nak pergi ?
- Mekah
- Rome
- London
 
Pilih salah satu, HUG or KISS ?
- HUG makes me comfortable..

 
Senarai kan nama kawan-kawan yang saya rapat ?
- Siti Naquiyah (bestfriend time tadika)
- Aisyah Mohamad (gila-gila punya member.sempoi !)
- Hazirah Rahman (my garang sister..already friend for 4 years since dip)
- My roomates (balqis & fazi)
- kawan-kawan kptm (shidah, linda, macho, acap,)
- kawan - kawan sekolah rendah & sekolah menengah (certain of them)
 
Barang yang saya sayang sangat-sangat dalam hidup saya ?
- barang yang orang bagi especially from parents, boyfie n kawan-kawan

 
5 lagu yang saya suka dengar ?
- for now I suka dengar lagu nelly -just a dream

Pulau Tioman

Pergi Tioman 3 bulan lepas tapi baru sekarang nak tulis entry.aishh apo nak jadi nih Farhana?*sambil geleng2 kepala tapi jangan over sangat.tercabut pulak kang kepala tu. i tak tanggung okeh.good!* 
actually, from my previous post 'Tak ada story' I ada janji nak update pasal holiday trip tu tapi tak sempat la pulak. sangat-sangat sibuk dengan kuliah..cewahh..kuliah la sangat. tapi I memang sibuk okeh ! serious tak tipu.

I pergi Tioman bulan lapan macam tu. macam biasa Syafrin(boyfie), Mirol, Zizan, Ed & Lea. kitorang semua gerak dari KL malam then ke Batu Pahat jumpa Zizan kat sana. dari sana baru kitorang gerak ke Mersing. so excited and rasa macam nak pergi lagi ! 

so,here our pictures..enjoy !
 Jeti Pulau Tioman.

Zizan, Syafrin, Farhana, Ed, Lea
Mirol and Syafrin. kesian Zizan nampak spect dia je.opss! jangan marah yer
sangat cantik pantai di sini. rasa tenang je tengok laut..
aigoo! korang main bola pantai ke kelapa pantai? tak pon kepala pantai..hahaha
saya takot air! puas dah asik nangis je sepanjang snorkelling..
macam ni la pemandangan time snorkeling. sumpah sangat cantik! kalau kene jadi Duyung ok kot.mesti lagi chantek kan? (sila jangan perasan! behave ye..)
 Zizan + Mirol = auwww!! (=

3 of them
Farhana (me), Lea, Ed



Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha

Pada kesempatan ini I ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 
pada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. tak lupa juga pada ahli keluarga di Johor Bahru, kawan-kawan di JB,KL, dan semua yang mengenali.
Diharap semua mendapat keberkatan dari hari raya ini dan 
mengambil iktibar di sebalik hari raya korban dari kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s

p/s: first time beraya di perantauan jauh dari keluarga. 
macam mana la agaknya kalau beraya kat negara orang kan?

Thursday, November 11, 2010

Breaking news !

okeh ! tajuk tak ada kene mengena dengan entry.
sekian..
*****
Date: 3rd November 2010
Venue: TGI Friday's , The Curve
no words can describe my feeling while celebrating my birthday with beloved boyfie together. just two of us with the TGI crews. the best part bila sierra (one of the crew) ask me to perform one song. dengan suara yang merdu tak sedap maka saya pun nyanyi lagu 'Nobody' tapi separuh je la. nak nyanyi sampai habis tak tahu. yang aku ingat 'I want nobody nobody but you' dengan gaya penyanyi jepun tu.cewahhhh..hahaha..
dear, 
thanks a lot of the great time together for celebrating my birthday. thanks too for the present..apa yang I harapkan hubungan kita berkekalan. I tak nak hadiah mahal-mahal tapi kalau u nak bagi I terima aje..hehehe.. I janji tak nakal , apa yang u suruh I ikut and I akan sokong apa pun yang u buat demi kebaikan i tapi bukan sokongan untuk u dengan perempuan lain okeh ? siap u nanti..last but no least i love u Sayang..
muka kelaparan..ngee~
 uit pandang la sini..khusyuk betol..
saya sangat lapar okeh ! menu 'bbq beef tacos with fries'
syaf with his menu 'south west macroni cheese with chicken grilled'
hahahha..kelaparan menguasai diri..
yess ! lapar ye bang??
kek ni seriously sangat sedap !

Date: 4 November 2010
Venue: Hostel , Bangsar (bilik 302)
there is a small celebration with beloved friends from balqis, fazi, shidah, lynda, fatin & kak yati. even hari jadi da lepas tapi dorang still celebrate..lagipun apa salahnya kalau nak celebrate birthday sebulan pun kan??
anyway,sangat-sangat terharu sebab diorang sangat bersusah payah nak rancang semua ni. to my roomate balqis no words can described it..i like the shawl ! i love that color. rancangan nak tengok aku melalak menjadi. meroyan aku menangis. dah penat-penat nangis suddenly diorang jerit SURPRISE ! Oh my God, kenapa aku tak fikir ni semua plan diorang? ye ye je aku nagis macam orang hilang laki. rupanya lakonan semata. I was thought it was true ada orang memburukkan aku konon nya aku ni bawak cerita pasal shidah.pandai pulak dia berlakon??hmmm.. dengan muka ala-ala pelakon yang baru menang award, shidah suruh aku keluar dari bilik dia.perghhh! part tu memang betul-betul buat aku nangis. pape pun thanks a lot of this surprise. it was really meaningfull from you guys.
berbaju hijau tu lah shidah





















my beloved roomates balqis & fazi
this is what i called SURPRISE !
p/s: next week ada paper final.sila study okeh?

Monday, October 25, 2010

Plan gila !


Last few days, I dengan en.boyfie serta kawan-kawan ke Bukit Tinggi. korang mesti tahu kat mane kan? time ni memang gile2 punya plan sebab esok tu Isnin. I ada class. budak-budak tu semua kerja.even kat atas dah lengang time thu tapi I sangat happy. rasa tenang jer. korang if ada buat trip pergi mane2 ajak I okeh?(memang muka tak malu betol farhana ni)ehehehee...
location : Bukit Tinggi , Pahang
gamba ni time kitorang dah sesat sebab tak jumpa jalan. at last smpai kat sini. 
ni lah hasilnya. jumpa signboard pun jadi nak berposing.. 
 macam kuat je nak mengangkat..padahal muka berkerut tahan berat..hahaha
zana & fara
kenapa lah encik boyfie saya terlebih posing? dia memang pantang jumpa camera.
spontan aksi 'manja' nya keluar..
mirol + anis = menjadi sangat aktif pada waktu malam.
dah macam kanak-kanak riang je aku tengok korang..upss!
 gelagat kami di atas jambatan bila bergambar..smile smile..
si jacket hitam IDAMAN saya..lalalaa
gadis berbaju merah..auww! comel !

Followers