Thursday, December 29, 2011

penangan Tentang Dhia..ish..ish..

Assalamualaikum & hai semua !


semua sibuk dok citer pasal Dhia. citer dah abis tapi depa still lagi dengan Dhia. fine! Okeh,siapa tengok Tentang Dhia? siapa siapa? angkat tangan cepaat! sedih kan ending dia :'( sebak aku tengok drama tu. mak dengan adik-adik aku pun beria nangis. si kecik tu pun boleh tahan meleleh air mata. bila iklan cepat-cepat dia kesat airmata. konon tak bagi orang lain nampak padahal buat-buat tak nampak.hahaha :D tapi nasib baik bapak aku tak join sekali. kalau tidakkk..haru jadinya nanti !

berbalik semula soal Tentang Dhia,

bila si Dhia suruh Zikir kahwin lagi satu, sumpah aku pulak yang emo terlebih mengalahkan heroin. over kau jah! haha :D macam aku pulak yang nak kene bermadu. ishh mintak simpang jauh-jauh la.

"Cinta tanpa restu umpama jasad tanpa nyawa"

sebak bila Dhia dia cakap soal restu! nak dapat restu punya pasal rela bermadu. tapi for aku lar kan, ending drama Tentang Dhia ni memang kene kot. lagipun sekali sekala buat sad ending pun ok gak pe especially bila kisah macam tu related dengan kehidupan harian kita. iye dak? walaupun ada sesetengah tu cakap cerita ni mengarut la, ending tak best la, Zikir dayus la, Dhia bodoh la tapi bagi aku :

"tidak semua perhubungan berakhir dengan sempurna" 
"tidak semua perjalanan kehidupan akan berakhir dengan pengakhiran yang menggembirakan"

apa yang aku nampak dalam drama ni, pengarah bukan sekadar nak tunjukkan kisah cinta semata tapi lebih kepada kehidupan masyarakat melayu zaman sekarang. ya! lagi-lagi tentang sikap manusia yang suka menggunakan ilmu sihir. syirik bak kata mami nya Zikir ! dah tahu syirik tapi buat jugak ! hangin betol aku sebab sampai sudah dia macam tu jugak jahatnya..hmm =.=!

bagi aku, cerita ni simple. values yang nak disampaikan tu penting. so, as we know memang betul perbuatan jahat akan mendapat balasannya. sama ada cepat atau lambat. macam kes cerita ni, orang yang baik semua mati dulu. si Melly pulak berubah menjadi seorang sahabat yang baik walaupun pada awalnya perangai dia....fuhhhh memang menyampah gila la nak tengok dia. >___< dia punya kurang ajar memang tahap nak mintak kaki aku..sob3 

apa pun cerita ni best. pada yang tak sempat tengok episod akhir sila lah tonton disini ye. ok bye ! thanks for reading :)

p/s: aku rasa ni first time aku buat entry panjang berjela.

Tuesday, December 27, 2011

wordless Tuesday

Let's them speak out !

Sunday, December 25, 2011

Dulu

Assalamualaikum & hye !

Back to kampung this morning attending my cousin's wedding. Alhamdulillah, everything went well walaupun keadaan agak basah sebab baru lepas hujan. weather pon just nice tak panas tak sejuk..suam suam giteww :) 

well, met cousins there and we were like"OMG ! awak dah lain gila sekarang !" sambil hugging each other. sumpah awesome gila kot. tapi tak sempat nak bergambar. masing-masing tengah busy. Then one of my cousin asking about my hair "eh,rambut panjang lagi tak macam dulu?" and aku mampu sengih macam katak sembelit.eh ada ke katak sembelit ? 

well dulu rambut aku sangat panjang plus curly. kau bayangkan budak kecik rambut kerinting macam maggie? cute kan..hahaa ^__^ 
kau agak-agak ni siapa ? jeng jeng jeng :))

aku yang tengah ternganga beso..isk isk

me with mum celebrating my birthday. aku pon tak ingat this time umur berapa.

with late grandnanny & grandmother. the right side is my cousin.

and the little girl turn into a big girl.
big girl don't cry bebeh :'D

 Tadaa..nak juga interframe gamba sendiri..hihi :D

Tuesday, November 22, 2011

Wedding Dress - Part II

nothing to do today. so google about wedding dress and I found this :)

simple and nice. yes! i really love this..by Suzanne Neville

and this also nice. used for Bella's wedding in Twilight - Breaking Dawn Part 1

# front view

# side view

# back view

overall, the dresses really really gorgeous ! and I'm adored all of them. but yet tak tahu mana satu yang berkenan. kalau nak try semua boleh ? wahh besar pangkat aku nak pakai semua. tapi apa salahnya kan?? :D
tapi if korang tanya aku which dress I like; my answer is wedding dress by Ralph Lauren (heuww heuww ;P) Lauren and dress by Suzanne Neville.. 

my dear Syaf, can I get one of these dresses ? :D:D




Monday, November 21, 2011

Wedding Dress - Part I

There might be exciting mood while watching football game between Malaysia vs Indonesia right now. come on Malaysia !! you can do it !

back to our topic,

Wedding. yeah it's about wedding. my dream wedding maybe..hikss (auww) . so sebenarnya saya sedang usha-usha baju pengantin..hehe..(eh cik fara nak kawin ke?) belum lagi sayang. just looking for the weds-stuff :D first thing first, bride-to-be mesti sibuk tengah poning memikirkan wedding macam mana yang depa nak ? design baju, kad kahwin, door gift, majlis resepsi. haih..banyak benda la senang citer. and now saya pun tengah pening.(tetiba) eh pasai pa lak pening ? cuba korang tengok design baju kat bawah ni. sangat cantik ! as a muslim those dresses sangat sangat sangat tak sesuai..

Lets check it out for the wedding dress. =)

# 1
sangat suka veil dia yang panjang.

# 2
Lauren Bush's Ralph Lauren wedding dress.
 love this !! nampak sangat classy and classic. kan kan ?

# 3
and for this one, i like the bottom part. but untuk bahagian dada sexy gila wei.. 
tak bole tak bole..*geleng kepala laju-laju*

# 4

# 5

# 6
sangat cantik and classic. before pakai baju ni kene make sure berat badan sudah turun and slim melim..huhu

credit : tumblr

and I hope I will find my Perfect Wedding Dress for my day..hihi :D

Wednesday, November 16, 2011

For the special one

This entry for the loves one

congrats dear for your convocation day.
really proud of your achievement.
wish you success in your life and your carreer too !
may Allah bless us as well and your life too. amin :)

some photos during his convocation,

his siblings :)
look at his face..something wrong maybe..err







Tuesday, November 15, 2011

My internship

Before that wanna wish Happy November darlings :D

I admit that I leave my own blog quite a long-time (4 month jee). I really hope that I can update many post as I want per day but since I have limited time due of my internship so I really can't make it even any one post. Seriously bekerja itu sangat penat. alhamdulillah! now I'm done my intra. Back on my internship, after office hours, balik rumah, makan, mandi bla bla bla lepas tu pengsan. the same routine everyday untill Friday. no life okeh! and studying is much enjoyable. really! but I didn't say working life is not fun ye :')

They said once to me "You should appreciate your student life"

So here's something truly from my heart,

and yeah I admit that. we should appreciate it while we can. studying is much fun actually. You can plan a lot of things even for vacation. You can missed your class when you got overslept in the morning. don't have to think about meeting, pending task and bla bla bla. just need to be focus in your study and get a good pointer. that's it ! senang kan ?

but I will miss everything that I left there. 4 month among them taught me valuable experience that I cannot get in campus life and I really enjoy to be there even sometimes rasa malas ya ampun tak nak pergi kerja. I got friendly colleagues, kind-hearted bosses, lovely supervisor yang best, the staff yang lebih kurang sebaya my mom who I called akak very loving and shared valuable experiences and give useful advice. It's a warm feeling that you could not imagine how nice to be with them. For me, my internship sangat best. tapi kalau depa panggil aku suruh extend lagi konpem aku tak nak..hehe :D 
nice view from my office :) 
sori solution gamba tak cantik. almaklumla camera fon je ^__^

Saturday, July 30, 2011

What to do?

Assalamualaikum,

rasa dah lama tak membebel kat vlog sendiri. rindu pulak. malam ni tah angin apa datang aku rasa nak blogging. tapi tadi sebelum tu aku dok blogwalking sat kat blog Zackzuhairi..amik mood konon nya..ehehe :D

ikotkan hati banyak benda nak luah. tapi tak pe. pelan pelan kayuh. before tu aku nak tanya korang la kan kalau lapar apa korang buat ? "makan!".. kalau ngantok ? "tidur !" kalau rasa nak berak buat apa pulak ? pergi toilet dan berak..euww! tu pon tak tahu ke? apa punya soalan la. budak tak sekolah pun tahu jawab. bengeng betol. ok fine. sebenarnya aku tak ada hala tuju buat this entry. tak de idea pon. tu yang merapu. apsal huh?

Tapi kan........

sebenarnya kan, time cuti ari tu aku janji ngan Mia nak buat tutorial tudung. tapi ....

sampai laa ni aku tak buat-buat. mesti dia ingat aku lupa. tak pon wat bodo.masa cuti sem ari tu busy tak sempat. tapi tup tup bila aku nak buat aku dok godeh godeh aku punya webcam ni..kau tahu ape jadi ? macam bangang. mic dia tak function. penat aku godeh.tekan sana sini macam tu jugak jadinya. NI BUKAN ALASAN TAW. kenyataan. tak pon aku yang tak tahu guna.ufhh ! untuk Mia saya akan buat tutorial ni. mintak maaf ye awak..isk..iskk :'( insyaallah saya akan buat tutorial tu untuk awak ye.. :)

credit: mr google
p/s : aku rasa noob giler part nak ingat jalan..tak tahu dowhh !

Sunday, June 26, 2011

Wearing Hijab

done with cooking.then sidai baju & kemas rumah. 
since parents aku tak ada hari ni so aku la yang kene buat semua kerja rumah sampai laa
jaga adik aku yang tahap nakalnya susah nak kata.
okeh hari ni masak sambal ikan. adik aku yang kecik si Fauzi tu suruh.
dah siap semua sekarang ni nak buat ape ek??
hmm..

actually aku terfikir nak buat video tutorial pasal shawl.
sumpah tak tahu dowh. first time ni orang request.
frankly speaking aku memang tak expect ada orang suka style aku pakai tudung masa shooting hari tu.
that day totally out of idea wearing hijab.
pintal punya pintal.lilit punya lilit.
jadi la macam ni
tadaaaaa
..
..
..
  (pandangan  sisi)
HEHE..cantikk ke ??

(pandangan dari hadapan)
resolution gamba sangat la x bagus sbb dicrop.sorrry 
pandangan dari hadapan.
silaa abaikan gambar yg dicrop ini yaa..
sila tumpukan pada pemakaian shawl sahaja..tetttttt T_T

so sekarang ni, aku plan nak buat tutorial tu.
cuma macam xde keyakinan la pulak..isk isk isk
tapi yakin ke tak yakin aku akan buat jugak..teehee :D
dah siap aku akan buat entry pasal tutorial tu ye..

Friday, June 17, 2011

Pertama kali ..

Assalamualaikum ..

8-9 Jun lepas aku ada photoshoot dengan kawan-kawan baik aku Dyana,Shida & Kechik.
sangat best even penat. tapi aku enjoy bila amik gamba sambil posing.
first time aku pergi photoshoot. sumpah 'keras' bila action depan kamera.
tapi gamba kat bawah ni ok la kot sebab gamba ramai-ramai..heheh :D

1st day shooting tu memang excited laa.sehari sebelum tu kami berempat asyik cakap benda sama.
naik berbulu telinga kalau orang lain dengar.
on that day, bangun mandi then siap-siap.
make-up sendiri-sendiri guwa cakap lu der. siap pakai bulu mata palsu taw.
yang pasti aku tak..ehehe :')
kami pilih baju kurung.sebabnya photographer suruh..
act, nak pakai baju lain tapi baju lain pulak yg kami pakai..
tak kesah laa janji cantik..kan kan kan..

Place : Putrajaya
bak kata member aku kat fb "aku tengok dah macam harimau dah korang nie"
(click for large view)
aku suka gamba ni sebab tangan Dyana kat atas kepala. motif? sebab nampak comel giler..kan? :D
(click for large view)
gamba ni cantik atau kami yang cantik ?muahaahaa :P
(click for large view)
(click for large view)
walaupun aku baru rapat dengan dorang tapi aku harap yang kami semua ni saling
memahami. may Allah bless us :)

p/s : gamba untuk 2nd day akan diupload untuk next entry..cekidawt yaww !

Ada ke realiti seindah drama melayu ??

Assalamualaikum
there have been awhile aku tak up any entry.
line internet yang tak berapa nak mengizinkan.
so that, post kali ni lebih kurang bumper update la.
maybe panjang kot..ehee :D
so if korang malas or its being annoyed that better 
you guys leave this site.
aku tak marah pon.. :)

as u guys know petang tadi last episod pasal Nora Elena.
I guess korang mesti tahu bout that manners kan.
Nora Elena and her freaking handsome husband Seth Tan (boleh la tahan)
amacam?? best tak ?
dekat fb macam2 orang up status pasal cerita tu. 
si perempuan nak bf macam Seth.si lelaki nak gf macam Elena.
kesian !
HAHA..but for me la kan setiap orang ada kehendak masing-masing.
mungkin diorang nak macam tu but the same time
they not really mean it.
lumrah manusia suka sesuatu yang romantik & cantik.
kan ? aku pon suka.
siapa tak suka husband/bf romantik ?
lelaki tak suka perempuan cantik mungkin they have something bad happened in their past.
for sure orang jahat dimana-mana. :')

I had a few couple of minutes to talk with NR. not so much to say.
fyi, dia peminat setia drama NE. balik kerja terus pacak depan tv.
can u imagine that ?
its something like your little brother are waiting for his upin ipin.(knapa mesti upin ipin??)
some sort of that la.
since dah habis drama ni aku rasa lepas ni dah tak ada la rutin harian tercongok depan tv.HEHE :')
tapi bagi aku from the way cerita ni kehidupan tak semudah tu .
mana ada lelaki sesabar Seth kalau bini tiap-tiap hari fiil macam tu.
then,sekaya mana pon kau sanggup nak beli bunga satu bonet semata-mata bini kau suka bunga?
bukan sedozen hokeh. tokey ganja pon boleh bankrupt kalau macam ni.
kalau bunga plastic aku rasa tak ada hal kot..hahha..


nobody is perfect.
handsome mana pun kau, cantik mana pun kau mesti ada kekurangan yang Allah ciptakan.
kita manusia yang memiliki kekurangan dan kelebihan.
 dicipta untuk saling memerlukan  antara satu sama lain
untuk sama-sama memenuhi kekurangan dan kelebihan pasangan kita.
atau sesiapa pun dikalangan kita.
cuma jangan terlalu berharap seseorang tu  menjadi seperti apa yang kita mahukan
sehingga kita lupa siapa orang yang berada di depan kita.
just let them be the way they are.




Sunday, June 5, 2011

musim cuti sekolah + musim pengantin

sekarang ni musim makan nasi minyak. satu hari sampai 3 tempat pergi wedding. makna nya 3 kali makan nasi minyak..perghh! terbaik beb..ni bukan aku yang pergi wedding sampai 3 tempat sehari tapi member aku. :')
jumaat baru-baru ni aku pergi muar. attend wedding kawan baik NR. NR, mirol, matt, buntat, zizan seperti biasa akan berkumpul. maklumla kawan baik dari sekolah. sama-sama menempuh zaman sekolah. susah senang bersama. and aku ? ehee..ehem :') *malu kucing* Here some shots from their pre-wed. ni pon aku cilok dari page Reen(pengantin). pict sanding hari tu tak dak lagi. zizan dengan matt yang snap gamba. tunggu diorang punya picture(s) je laa ye..



Congrats to Azid & Farina.
semoga berkekalan hingga ke anak cucu. amin.
bak kata NR : buat anak banyak-banyak.."

p/s : congrats to Syakir and his partner. sis yana and her partner. tebu and his partner.
tahniah semua..maaf tak dapat datang.. :') aku doakan kalian dari jauh..berbahagia selalu.amin

Saturday, May 28, 2011

alahai TomYam sotong.

sepanjang start cuti aku rasa hari ni baru 1st time aku keluar jalan-jalan.tu pun dengan parents aku.teman depa p beli barang. sadis giler.bukan sebab tak ada duit tapi aku tak tahu nak kemana plus kawan-kawan yang lain ada yang tak balik cuti lagi.holiday barangkali..uhukss >,<
credit : google

mak : along hari ni nak masak apa?
me : tah la mak. masak je la apa pun.along bedal je. 
(sume benda aku bedal.tolak batu dengan kayu je.)
mak : masak tomyam boleh ? 
(muka berkerut-kerut fikir menu..alahai mak aku ni)
me : boleeeee je makk..ehehee..


time lunch tu aku amik nasi sikit then banjirkan dengan kuah tomyam..seyes mantap beb! EHEE..slurpp..menjilat jari youuu :D meh layan resepi TomYam stail mak aku. bak kata mak aku lar kan. dia kata dia masak main campak-campak je.masuk tu masuk ni.kacau2 sikit masuk bahan tu ini dah siap. tak payah sibuk nak cari bahan yang tak ada.leceh.


Bahan-bahan :
sotong (ikot suka.kalau nak tuka ayam/udang pon boleh)
bawang besar
bawang putih
serai
cili padi (if tak suka pedas tok sah letak naa.)
tomato
sayur kubis (cauliflower/cabbage)
baby corn
lobak merah
rempah tomyam (bahan penting ni.kalau tak ada bukan tomyam la nama nye..:'))

Cara-Cara :
1. tumiskan bawang besar, bawang putih, dan serai yang sudah dititik. kacau sehingga naik bau.
2. masukkan sotong yang sudah dipotong ke dalam bahan tumisan. kacau rata.
3. then masukkan air. (yang ni ikot suka.kalau nak air nye banyak masuk la lebih.okeh ? ) 
4. masukkan rempah tomyam. kacau sehingga rempah tadi sebati dengan kuah. then masukkan lobak merah dan biarkan mendidih. untuk sayur kubis, baby corn, tomato masukkan last sekali sebab depa ni cepat masak.lagipon tak sedap kalau lama sangat masak.nanti lembik.
5.then masukkan daun limau purut dan cili api yang dihiris.biarkan seketika.
6. jom makannn ! :D

p/s: dah macam resepi koboi da aku bagi tak ada sukatan..agak-agak je laa ye..sorry.
thanks for reading ! smile :)

Thursday, May 19, 2011

Another semester break.

here they come.semester break come again.ffuhh finally dapat rest after berhempas pulas pecah kepala ngadap final. bak kata mak "standard la tu belajar.dah nama pon belajar.so kene la belajar". betol la tu cakap mak. mana ada benda datang senang kalau tak belajar. kan..kan..kan..?cuti ni memang aku tak ada pape plan even nak kerja part-time pon tak ada.dok umah ajar adik wat kerja sekolah kot. mulia kan..HAHA..bagi korang yang tak tahu nak buat ape ni ad tips dari cik Banana's Stories.. cekidawt yaww!


1. Recite Al-Quran! make sure you can finishing it (khatam not khatan) as much as u can :)
2. IMPROVE the way you perform your solat! make it perfect yaw
3. try to memorize as much as SURAH as you can
4. Read the Tafsir Al-Quran, there are a lots of exciting stories 
and absolutely can help you to know Islam in the better way :)
5. being such a good MAID at home (tolong mak masak ke, basuh kain ke) 
in fact you can improve your skills in order to being a superb MOM yaw! ( just for a girl )
6. meeting up with all your CLOSE friends, friends, or meeting with somebody new.
 make a new friend! it such a good therapy actually :)
7. involving yourself with any community event! there a lots you know, just google search where the event take place than go! 
8. VACATION! ya right. you need a vacation bebeh! exploring Malaysia is the best thing evahh. visit all the island in Malaysia, visit all the small town, WATERFALL!! and the ocean :)
9. capture as much as PICTURE as you can, and this is the thing i like the most. hooraahh! 



p/s:  this part memang aku amik sebijik sejibun. dasar copy paste.huk3..ampun yaa bukk ! :') credit to Banana's Stories..peace ! (*-^)!v

Sunday, May 1, 2011

May

eh dah 1st Mei rupanya. sekejap je dah masuk bulan Mei. haihh >,< whatever laa! boring pulak petang-petang macam ni tak buat ape. nak ber-blogging tak ada apa nak di share. kang memang konpem aku buat entry ngarot. sebenarnya saya nak cakap ari ni saya sangat BOSAN duduk di hostel. :'(


ok bye!


p/s : please be nice with me May(tiap kali entry pasal bulan baru mesti aku cakap macam ni.apehal huh?) ^,^

Wednesday, April 27, 2011

Bila exam je mesti stress..ngee~

Hey peeps! study ke tu?wahh,bagus.teruskan tapi janganlah stress sangat okei. take a breath. tarikkkk...hembusss..tarikkkkk..hembusss..fuhh !aku bukan nak ajar korang cara pernafasan lorr..(o_0)!
sebanarnya, aku nak share tips before exam.aku tahu korang ada tips korang sendiri but then aku nak gak share tips aku.wahh!ayat kemain lagi kan. " aku ni idak lerr pandai sangat nak ber-tips2 bagai ni.. tapi apa salahnya kan kalau aku nak share cara aku study kan." kalau korang rasa korang boleh ikot style aku why not korang cuba kan?


dulu masa diploma style study aku semacam sikit. biasanya aku akan pulun habis-habisan sehari sebelum exam sampai tak cukup tido. esok nya mata macam beruang kutub nak jawab exam..kahkahkah..:') tapi bila result keluar tak ada lah gempak. biasa je. so far alhamdulillah pencapaian okei tapi tak adanya nak dibanggakan. cuma sem ni jela aku cuak sikit.tak tahu nak cakap cam mana.mostly subject sume cam killer..huh..

jadi aku pon dok pikir kenapalah result aku teruk eh? macam orang tak study pon iye..>,< bila dah sambung degree aku ubah style study aku. alhamdulillah pointer seperti yang diharapkan tapi target untuk dean list award tak tercapai lagi. harapnya sem ni laa.amin.mudah-mudahan.

1. study lebih awal sebelum tarikh peperiksaan.
bila korang study awal means korang telah buat persediaan awal. buat short notes, buat latih tubi, jawab soalan past year. bila korang dah buat semua ni secara tak langsung korang dah boleh agak soalan apa yang akan keluar. aku tak cakap eh soalan sebijik sejibon yang akan keluar tapi standard soalan biasanya akan lebih kurang. so apa tunggu lagi. sila study okey ?

2. study group / study sorang-sorang.
yang ni universal.terpulang pada individu.kalau korang rasa boleh study ramai-ramai silakan.no one will stop you. tapi tak semua boleh orang boleh stdy in group. porke(bahasa latin.sila goggle)? sebabnya ada sesetengah orang tu dia tak boleh nak adapt environment yang 'bising'. maksud aku bila da study group korang paham-pahamlah kalau dah sibuk ber-discuss tu cam mana caranya. kalau da satu group sampai 6 orang per cer ? tapi tu semua terpulang okeh. dua-dua cara study ni elok.tak ada yang tak bagusnya. so mana satu pilihan korang? pilihan aku?? rahsiaa...syhhh..


3. tanya lecturer/kawan kalau ada soalan yang tak paham.
malu bertanya sesat jalan. jadi kalau korang ada masalah sila lah tanya.tanya banyak-banyak sampai lecturer/kawan tak larat nak menjawab.silap hari bulan ko dapat pelempang dari dia. kalau aku biasanya dah dekat-dekat nak paper final aku akan jumpa lecturer. kadang-kadang time last minit macam ni lah diorang akan bagi tips yang dia tak bagi dalam class. mana tahu rezeki korang tengah mood baik lecturer tu bagi ko soalan bocor..haaa! amacam style tak ?hahha..ceh tak laa tapi apa yang aku cakap tu betul. cuba la.tak rugi pon.

4. tidur awal
ni korang dah tahu. tapi kalau aku memang tak lah. biasanya aku akan tido around pukul 12am macam tu.then pukul 3am or 4am bangun balik. tapi alarm tok sah citer la baper banyak aku pasang..ehehe..biasala orang kalau da liat nak bangun.tapi demi final aku akan buat. bila korang study pepagi buta macam tu serius senang nak ingat. then,dah abes study kalau dah masuk subuh terus solat. insyaallah Allah permudahkan segala apa yang korang belajar. :)

5.doa,tawakal,usaha
last but not least, dah usaha jangan lupa tawakal & doa. restu mak ayah pon penting ye. bila hati tenang insyaallah mesti bolej jawab soalan. 

6. study smart
saje je letak besar-besar. perkara paling penting yang perlu diingat. bila dah saat-saat akhir nak masuk hall. korang just belek notes je.tok sah bukak buku tebal-tebal dah. so guys. study smart k.not hard.

wahhh! sampai cam gini jadinye..ish ish ishhh

p/s:   hope this semester dapat buat yang terbaik.
cuaknyaa ..dah jom study !

Tuesday, April 26, 2011

A Crazy Little Thing Called Love

final exam lagi dua minggu tapi aku ? haihh..masih lagi dibuai perasaan-perasaan yang...err..ape aku mengarut ni daa.ehee.sorry :') semalam aku baru je habis tengok citer thailand. citer romantic okehh ! so cuteee..eee apsal aku macam jakun pulak neh.

seriously cerita ni sangat best. korang tengok lah. input from this movie sangat ok. tak berat. even cerita ni pasal chenta budak sekolah tapi banyak la pengajaran yang boleh di amik especially yang sibuk bercinta je macam aku. hikhik..konpem tak menyesal tengok citer ni.jalan cerita simple.klimaks pun simple and ending ??jeng..jeng..jeng.."kau tengok la.tak kan aku nak cerita pulak..ishh!" 
pelakon? tok sah cakap la.hensem! mesti dok bagi yang ensem dan cun. kalau sememeh sapo nak nengok? tapi awal-awal cerita heroin memang tak lawo. comot je muka. aku pon malas nak cerita panjang berjela.so apa kata korang beli cd dia and layan.download sude.. amacam okei ? okei baguuuuuuss!
for the first starting heroin yang sangat comot. tak cantik la senang cerita.

tapi 
..
..
..
tadaaa ! cantik kan ? macam mana dia boleh jadi cantik? botox? plastic surgery ? kalau nak tahu sila tengok tapi for sure aku cakap disebabkan CINTA  ia boleh mengubah kehidupan seseorang. selamat menonton.

" don't find love, lets love find you.
thats why its called falling in love,
because you don't force yourself to fall.
you just fall "

Intra.Campus.TimesSquare.Jalan-jalan

tak lama lagi nak Intra.maksud saya praktikal ye puan-puan. pepagi aku dah mencanak kat campus pukul 8.30am. perkara wajib mestilah breakfast dok pekena nasi goreng dengan teh o panas.slurrpp! boleh la tahan. gedebak gedebuk gedebak gedebuk aku teros pergi briefing praktical. pot pet pot pet..selesai jugak. dalam hati "pergi briefing bukan main ye ye je.tempat praktikal pon tak dak lagi."


habis je briefing terus pergi amik slip exam.amik kau kene denda.siapa suh amik slip lambat. tapi tak apa. dah memang aku sendiri yang nak amik lambat. so bayau je la. padahal pocket da kering ni bai . then, pergi TS. no motif. but actually usha dress, kasut and skirt. criusly sangat cantik. aku rasa this time setiap kedai aku masuk. dyana pun melayan. dak-dak ni pon aku tengok sama excited tapi beli nye idak ler.almaklumla dah hujung bulan..ngee~

"i will buy them next month"
"no you can't !"- mayb he will say like this if i said so. tapi tak kot. kan sayang ? :')

Sahabat.

ingat tak time zaman sekolah tadika siapa sahabat korang? sekolah rendah? sekolah menengah? zaman kolej? zaman universiti? tak kan lah dari korang kecik sampai haq beso ni asik teman yang sama je. bukan aku nak kata tak ada tapi payah nak jumpa. sebabnya aku cakap macam tu yang pertama bila masuk nak masuk sekolah menengah tak kan aliran sama. kalau yang lebih sikit mesti dapat sains tulen. kalau nasib tak baik dapat akaun. tapi still boleh kawan lagi. sehati sejiwa gitu. yang kedua, lepas spm tak kan sama lagi kot ? tak kan korang share minat yang sama ? kalau share minat yang sama alhamdulillah.bagus teman ni.tapi pilihan universiti/kolej still sama jugak ? kadang-kadang minat mungkin sama tapi keenderungan untuk sama tempat mungkin tidak.

seriously aku cakap kawan baik aku dari tadika sampai sekarang lain-lain.maksud kat sini bukan tak kekal ke hape ke.jangan pikir bukan-bukan bole..? ada kang aku sepuk jendul kau nanti.oh!gurau je..:)
ok.mari berkenalan dengan kawan aku meh..lets check it out bebeh !

Yuha. member aku masa kecik-kecik dulu. zaman aku berhingus hijau lagi .sekolah tadika, rendah , sekolah agama semua  dengan dia.naik bus pon ngan dia.pendek kata semua dengan dia lah.now kat Universiti Utara Malaysia,Sintok. dok sambung study kat sana. amik course apa aku tak ingat tapi lebih kurang macam mass comm. i lebiu laa yuha.lama tak jumpa kau.
yang ni Aisyah. kawan aku masa sekolah menengah.sempoi,cool,brutal,macam jantan.senang cerita zaman sekolah macam tak ada talent jadi perempuan.bab terpekik terlolong ,tibai student lelaki bagi kat dia.kejap je settle.sape2 yang satu sekolah dengan aku konpem kenal dengan minah ni.ganaz! sebab tu jadi pengawas. garang nak mampos.HAHHA.. kalau korang nak tahu,dulu kalau time bahasa melayu or BI, karangan dia semua suruh aku buat. alasan dia "kita tak suka la awak buat benda ni. tak tahu nak karang macam mana.buatkan eh?" aku pulak mulut membebel je keje nya tapi tangan capai buku terus siapkan karangan si aisyah ni.padahal hati separuh rela time tu guwa cakap lu.haha..memang kelakar kalau diingat balik zaman sekolah.rasa nak undur je masa. now dia jadi pegawai angkatan tentera. aku tak ada nye nak minat pasal kawad semua ni..>,<
yang ni Qiet. ni pon kawan aku time sekolah menengah jugak.tapi tak serapat masa diploma dulu. tak sangka kitorang satu bilik even berlainan course. sejak tu la kitorang rapat sampai sekarang.walaupun mood dia ni macam puting beliung tapi so far kami masih lagi calling sampai sekarang.no gaduh-gaduh haa..dushh >>0_o)! alhamdulillah.
dyana ♥ shida ♥ fara
mereka kawan-kawan saya.Allah anugerahkan mereka disaat aku perlukan seseorang.terima kasih ye banyak tolong aku kawan-kawanku. :')
p/s: ada sesetengah perkara yang kita patot buang dan tak perlu diingat.
hargailah mereka selagi ada.

Monday, April 25, 2011

Wish.

my wishes :
1. get scholarship to further my study in oversea (maybe someday for Master)
2. going to Korea. i wish i can go this time but this time was not my fortune.
3. become more smarter.HEHEHE
4. nak jadi yang lebih baik sebagai seorang muslimah. i'm not good enough as a muslim.
5. improve my self-confidence.
6. nak belajar masak. sweet kan? (:
7. nak habiskan degree secepat mungkin then cari kerja and dapat gaji yang best.
8. teringin nak ada blogshop sendiri. tapi tak berkesempatan nak melaksanakan nya.
9. be happy with the one I love. harap berpanjangan.Insyaallah.
10. hope I can do more better this coming final exam and score dean list.amin.

Sunday, April 3, 2011

Lain orang lain pendapat.kan?

Assalamualaikum ..
malam ni tak ada cerita apa sangat pun aku nak bagitahu. cuma nak share something dengan uols je.bunyi macam hot story aje. before ada fb aku selalu main myspace. tahu tak myspace tu apa? ke uols semua terlebih update sebab tak kenal myspace.okei abaikan ! aku bukan nak cerita pasal myspace or fb. dulu kat myspace aku ada blog. lebih kurang macam blogspot jugak boleh post entry. macam-macam jugak la post aku tapi semua heart-feeling punya cerita. geli pulak aku baca.HAHA.

one of my post is:
kenapa kalau kita kehilangan orang tersayang baru kita akan sedar orang tu dah tak ada dengan kita?kalau kita sayangkan seseorang tu kenapa apa yang kita harapkan dari dia lain dari apa yang kita impikan? dan kenapa kita sedih kehilangan orang tersayang dalam hidup kita? antara persahabatan dan percintaan semuanya penting. tanpa persahabatan tiada percintaan.tanpa percintaan tiada persahabatan. can u comment it ?

jiwang tak? as a normal human being uols mesti akan rasa macam ni jugak cuma kadang-kadang akal yang menidakkan apa yang kita fikir. apa yang aku post itulah yang aku rasa time tu. bila baca dengan keadaan sekarang sumpah aku rasa macam haihh..apekebende nih ?berlagak gile pompuan ni.padahal dia yang tulis.. :] so agak-agak korang ada ke nak layan post aku yang jiwang semacam ni? 


here is the comment:
kita kehilangan orang tersayang mungkin dapat dibahagi dengan beberapa sebab.memang terbukti & ternyata kadang-kadang tu kita tak sedar bila kita terlalu sayangkan sesuatu itu dan kita tak sedar & tak dapat menjangka yang seseorang itu akan hilang daripada hidup kita.mungkin kita kehilangan atas sebab kasih sayang yang tak berbelah bagi atau mungkin kita kehilangan dengan sebab segala-gala nya.memang dah lumrah hidup bila sesebuah pasangan percintaan itu baru berputik, setiap pasangan antara lelaki dan perempuan akan meletakkan harapan yang amat tinggi pada setiap pasangan masing-masing. memang kita boleh letakkan harapan pada orang yg kita sayang tapi kita tak boleh berharap apa yang kita impikan sebab tak semestinya apa yang kita impikan tak semestinya ada pada diri pasangan kita.sifat sayang dalam persahabatan digunakan dengan akal & fikiran. sifat sayang dalam percintaan digunakan dengan hati. hilang kawan boleh dicari ganti tapi hilang orang tersayang memang susah untuk dicari.oleh itu,pengorbanan lebih penting dari segala-galanya.berkorbanlah untuk sesuatu yang terbaik untuk diri kita.


-- komen asal panjang giler. aku rasa konpem korang malas nak baca. so aku pendekkan je.benda ni da 2 tahun terperam dalam ms.saje je nak buat tatapan nak share. but at the first sight bila aku baca benda ni rasa macam..hell! what happen huh? when i read it twice i shud admit thats really in-to-it me.

thanks guys for reading! :)
p/s: its hurt me sometimes.

Tak ada tajuk.bye !

aku rasa sekarang ni dah sampai saat-saat genting.bukan genting higlands ataupon atap genting ye. ni saat genting untuk aku. minggu ni..bermulanya minggu ni dan seterusnya boleh dikatakan setiap hari ada presentation. is it awesome ? of course not.
" Ya Allah, permudahkan lah segala apa yang ku rancang. "

Wednesday, March 30, 2011

Bagai kera dapat Bunga !

Hai peeps ! quickly update from me. banyak assignment nak kene siapkan. tengok tak tajuk entry nih ? bagai kera dapat bunga. okeh ! i'm not kera yerp. nak share ngn korang hari ni aku dapat bunga. cuba teka siapa bagi ? jeng .. jeng .. jeng .. for sure bukan dari secret admire, sugar daddy, peminat or fans. aku ni tak sefemes Fatin Liyana yang cantik gebu awesome tu nak dapat bunga sedozen bagai kan. 
(cik Fatin saya pinjam nama awak jap ye..mekaceh !) aku ni Fara yang biasa-biasa jer..

actually bunga ni si Amoi bagi tapi bukan by hand laa. kebetulan campus kitorang ada buat macam Friendship Day. so siapa-siapa nak dedicate hadiah or wut-so-ever leh datang kat booth for order. and si Amoi ni one of the customer yang singgah ke booth tu untuk bagi bunga ni. mula-mula tu aku memang tak tahu si Amoi ni nak bagi bunga. dia sendiri yang kantoikan plan dia kat aku. she is a kind-hearted girl okeh. aku , shida dengan kechik masing-masing dapat bunga. so tak ada la nanti ada yang gado tarik rambut sebab jeles tak dapat bunga kan.. HEHE. apapun really appreciated this. aku memang suka giler bunga ros merah. lambang CINTA gituwww..

si Amoi
thanks dear for the red rose.
love it !

Tuesday, March 22, 2011

Laman sesawang yoow

kacau bilau hidup aku sem ni. lagi-lagi bila kene buat website.
bahasa melayunya "laman sesawang"..HAHA.sumpah buruk dimelayukan. ni aku nak cerita sikit pasal assignment aku. actually aku amik course sytem networking. so apa related nya aku kene buat website dengan course yang aku amik ? aku bukan budak IT.macam menyusahkan. the most challenging part bila kene create database.demm! macam nak mampos aku nak create table semua. guna manual okeh.edit dekat command prompt.habis sem memang botak bai kepala guwa.
at least budak ni nampak comel bila botak.
kalau aku ? tak dapat aku bayangkan.*pengsan

p/s: esok kene stayback kat lab nak configure bridge,router,AP..*pengsan gulik-gulik

Sunday, March 20, 2011

Ya Allah,kuatkan lah semangat hamba-MU ini .

terasa macam nak menangis lagi hari ni. sumpah lately ni aku rasa terlebih sensitif. semalam mak call. mula-mula okeh borak-borak gelak-gelak lepas tu hamik kau. tak tertahan da rasa nak menangis. semua aku cerita kat mak. i be so tension this semester plus all my application for internship was rejected. but thats not the point. aku rasa sem ni memang tough giler. rasa tak sanggup. i'm so worried about all my subjects especially network wireless.

susah sangat ke ? bagi aku subject ni bukan susah tapi our project sumpah susah. masuk lab aku jadi blur. budak lain tolong pulak kan.hampeh ! sumpah sedih bila aku harap kawan-kawan ajar tapi ajar macam nak tak nak. seriously aku rasa annoying nak mampos. dok terhegeh-hegeh cakap dengan korang tanya itu ini then korang boleh cakap.."hah..apa? kau dah setting tu?ko configure ini"-- ini yang korang jawab.hmm..tak luak  pun ilmu korang kalau ajar orang tak pandai macam aku ni. belajar tinggi-tinggi tapi kedekut tak guna. orang kata biar ilmu tu tak tinggi tak pandai tapi dalam diri ada sifat tolong-menolong.
ingat ! kita ni tak selalu di atas.
Ya Allah, permudahkan lah urusanku pada sem ini. berilah hamba-MU ini petunjuk.amin. "

p/s: mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.Insyaallah.

Followers