Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

# Wordless Wednesday


OFFICIALLY FINAL YEAR STUDENT!

I'm taking this subject for this semester and yeah, i'm final year student >__<
# Project Management
# Remote Access
# VOIP
# MultiLayer Switching
# Java Programming
# Network Security

Tuesday, January 10, 2012

Perkara penting 2011

Assalamualaikum
Selamat Tahun Baru pada semua rakyat Malaysia. hows your new year goin so far? semoga kalian semoga kalian sukses sukses selalu ya! :)

disebabkan tak tahu nak buat apa petang petang ni so entry kali ni tentang "Perkara penting 2011" saya. ok fine. dah tahun 2012 tapi aku baru nak buat entry tentang 2011. pe kes? update entry ni dengan harapan bila dah tua nanti boleh tunjuk kat anak cucu cicit..wee :D

baiklah, sepanjang 23 tahun aku hidup hingga lah sekarang macam-macam aku belajar. macam-macam orang aku jumpa. macam-macam fiil aku ngadap. sob3. apa pun tahun 2011 lah banyak perubahan dan benda baru yang aku buat. antaranya :

1. peluang yang datang aku amik bila dapat offer buat internship kat oil n agas company. alhamdulillah. tak sangka rezeki kat situ. masa mula-mula apply tu memang tak expect pun dapat. sebabnya, tahu dah susah nak masuk that company. after 3 days after resume submission I've got called from the big P company. and I was......*speechless*
Last day praktical. oh what happen to her face? !
Puan Murni. my boss. sangat keibuan =)
Kak Sizah. dia ni islamic sikit.
selalu bagi nasihat. my table depan table dia je.so tak boleh main main :D
Ohh this one is KakJie :)
Shri. she's now stayed in Japan. 
Interns group..HAHA
last pict over edited but I like this picture :))

2. perubahan diri. banyak perubahan yang aku buat. more indepent. kalau dulu kemana aku pergi berteman but now ada certain things yang aku buat sendiri, preffered doing by myself. (ceh bajet dah matang sangat la ni >__<)


3. syukur sangat-sangat untuk this one. alhamdulillah, hubungan ini direstui oleh mak ayah. mudah-mudahan hubungan ni berakhir dengan pengakhiran yang terbaik..amin.
His convo in november 2011

Cukuplah 3..nak letak banyak-banyak nanti orang kata gila kuasa. eh?? takpe lah ni coretan untuk hari tua. boleh tunjuk kat anak cucu cicit semua nanti..hikss :D

Thanks for reading! luv ya =)

Sunday, December 25, 2011

Dulu

Assalamualaikum & hye !

Back to kampung this morning attending my cousin's wedding. Alhamdulillah, everything went well walaupun keadaan agak basah sebab baru lepas hujan. weather pon just nice tak panas tak sejuk..suam suam giteww :) 

well, met cousins there and we were like"OMG ! awak dah lain gila sekarang !" sambil hugging each other. sumpah awesome gila kot. tapi tak sempat nak bergambar. masing-masing tengah busy. Then one of my cousin asking about my hair "eh,rambut panjang lagi tak macam dulu?" and aku mampu sengih macam katak sembelit.eh ada ke katak sembelit ? 

well dulu rambut aku sangat panjang plus curly. kau bayangkan budak kecik rambut kerinting macam maggie? cute kan..hahaa ^__^ 
kau agak-agak ni siapa ? jeng jeng jeng :))

aku yang tengah ternganga beso..isk isk

me with mum celebrating my birthday. aku pon tak ingat this time umur berapa.

with late grandnanny & grandmother. the right side is my cousin.

and the little girl turn into a big girl.
big girl don't cry bebeh :'D

 Tadaa..nak juga interframe gamba sendiri..hihi :D

Sunday, June 26, 2011

Wearing Hijab

done with cooking.then sidai baju & kemas rumah. 
since parents aku tak ada hari ni so aku la yang kene buat semua kerja rumah sampai laa
jaga adik aku yang tahap nakalnya susah nak kata.
okeh hari ni masak sambal ikan. adik aku yang kecik si Fauzi tu suruh.
dah siap semua sekarang ni nak buat ape ek??
hmm..

actually aku terfikir nak buat video tutorial pasal shawl.
sumpah tak tahu dowh. first time ni orang request.
frankly speaking aku memang tak expect ada orang suka style aku pakai tudung masa shooting hari tu.
that day totally out of idea wearing hijab.
pintal punya pintal.lilit punya lilit.
jadi la macam ni
tadaaaaa
..
..
..
  (pandangan  sisi)
HEHE..cantikk ke ??

(pandangan dari hadapan)
resolution gamba sangat la x bagus sbb dicrop.sorrry 
pandangan dari hadapan.
silaa abaikan gambar yg dicrop ini yaa..
sila tumpukan pada pemakaian shawl sahaja..tetttttt T_T

so sekarang ni, aku plan nak buat tutorial tu.
cuma macam xde keyakinan la pulak..isk isk isk
tapi yakin ke tak yakin aku akan buat jugak..teehee :D
dah siap aku akan buat entry pasal tutorial tu ye..

Friday, June 17, 2011

Pertama kali ..

Assalamualaikum ..

8-9 Jun lepas aku ada photoshoot dengan kawan-kawan baik aku Dyana,Shida & Kechik.
sangat best even penat. tapi aku enjoy bila amik gamba sambil posing.
first time aku pergi photoshoot. sumpah 'keras' bila action depan kamera.
tapi gamba kat bawah ni ok la kot sebab gamba ramai-ramai..heheh :D

1st day shooting tu memang excited laa.sehari sebelum tu kami berempat asyik cakap benda sama.
naik berbulu telinga kalau orang lain dengar.
on that day, bangun mandi then siap-siap.
make-up sendiri-sendiri guwa cakap lu der. siap pakai bulu mata palsu taw.
yang pasti aku tak..ehehe :')
kami pilih baju kurung.sebabnya photographer suruh..
act, nak pakai baju lain tapi baju lain pulak yg kami pakai..
tak kesah laa janji cantik..kan kan kan..

Place : Putrajaya
bak kata member aku kat fb "aku tengok dah macam harimau dah korang nie"
(click for large view)
aku suka gamba ni sebab tangan Dyana kat atas kepala. motif? sebab nampak comel giler..kan? :D
(click for large view)
gamba ni cantik atau kami yang cantik ?muahaahaa :P
(click for large view)
(click for large view)
walaupun aku baru rapat dengan dorang tapi aku harap yang kami semua ni saling
memahami. may Allah bless us :)

p/s : gamba untuk 2nd day akan diupload untuk next entry..cekidawt yaww !

Sunday, June 5, 2011

musim cuti sekolah + musim pengantin

sekarang ni musim makan nasi minyak. satu hari sampai 3 tempat pergi wedding. makna nya 3 kali makan nasi minyak..perghh! terbaik beb..ni bukan aku yang pergi wedding sampai 3 tempat sehari tapi member aku. :')
jumaat baru-baru ni aku pergi muar. attend wedding kawan baik NR. NR, mirol, matt, buntat, zizan seperti biasa akan berkumpul. maklumla kawan baik dari sekolah. sama-sama menempuh zaman sekolah. susah senang bersama. and aku ? ehee..ehem :') *malu kucing* Here some shots from their pre-wed. ni pon aku cilok dari page Reen(pengantin). pict sanding hari tu tak dak lagi. zizan dengan matt yang snap gamba. tunggu diorang punya picture(s) je laa ye..



Congrats to Azid & Farina.
semoga berkekalan hingga ke anak cucu. amin.
bak kata NR : buat anak banyak-banyak.."

p/s : congrats to Syakir and his partner. sis yana and her partner. tebu and his partner.
tahniah semua..maaf tak dapat datang.. :') aku doakan kalian dari jauh..berbahagia selalu.amin

Thursday, May 19, 2011

Another semester break.

here they come.semester break come again.ffuhh finally dapat rest after berhempas pulas pecah kepala ngadap final. bak kata mak "standard la tu belajar.dah nama pon belajar.so kene la belajar". betol la tu cakap mak. mana ada benda datang senang kalau tak belajar. kan..kan..kan..?cuti ni memang aku tak ada pape plan even nak kerja part-time pon tak ada.dok umah ajar adik wat kerja sekolah kot. mulia kan..HAHA..bagi korang yang tak tahu nak buat ape ni ad tips dari cik Banana's Stories.. cekidawt yaww!


1. Recite Al-Quran! make sure you can finishing it (khatam not khatan) as much as u can :)
2. IMPROVE the way you perform your solat! make it perfect yaw
3. try to memorize as much as SURAH as you can
4. Read the Tafsir Al-Quran, there are a lots of exciting stories 
and absolutely can help you to know Islam in the better way :)
5. being such a good MAID at home (tolong mak masak ke, basuh kain ke) 
in fact you can improve your skills in order to being a superb MOM yaw! ( just for a girl )
6. meeting up with all your CLOSE friends, friends, or meeting with somebody new.
 make a new friend! it such a good therapy actually :)
7. involving yourself with any community event! there a lots you know, just google search where the event take place than go! 
8. VACATION! ya right. you need a vacation bebeh! exploring Malaysia is the best thing evahh. visit all the island in Malaysia, visit all the small town, WATERFALL!! and the ocean :)
9. capture as much as PICTURE as you can, and this is the thing i like the most. hooraahh! 



p/s:  this part memang aku amik sebijik sejibun. dasar copy paste.huk3..ampun yaa bukk ! :') credit to Banana's Stories..peace ! (*-^)!v

Wednesday, April 27, 2011

Bila exam je mesti stress..ngee~

Hey peeps! study ke tu?wahh,bagus.teruskan tapi janganlah stress sangat okei. take a breath. tarikkkk...hembusss..tarikkkkk..hembusss..fuhh !aku bukan nak ajar korang cara pernafasan lorr..(o_0)!
sebanarnya, aku nak share tips before exam.aku tahu korang ada tips korang sendiri but then aku nak gak share tips aku.wahh!ayat kemain lagi kan. " aku ni idak lerr pandai sangat nak ber-tips2 bagai ni.. tapi apa salahnya kan kalau aku nak share cara aku study kan." kalau korang rasa korang boleh ikot style aku why not korang cuba kan?


dulu masa diploma style study aku semacam sikit. biasanya aku akan pulun habis-habisan sehari sebelum exam sampai tak cukup tido. esok nya mata macam beruang kutub nak jawab exam..kahkahkah..:') tapi bila result keluar tak ada lah gempak. biasa je. so far alhamdulillah pencapaian okei tapi tak adanya nak dibanggakan. cuma sem ni jela aku cuak sikit.tak tahu nak cakap cam mana.mostly subject sume cam killer..huh..

jadi aku pon dok pikir kenapalah result aku teruk eh? macam orang tak study pon iye..>,< bila dah sambung degree aku ubah style study aku. alhamdulillah pointer seperti yang diharapkan tapi target untuk dean list award tak tercapai lagi. harapnya sem ni laa.amin.mudah-mudahan.

1. study lebih awal sebelum tarikh peperiksaan.
bila korang study awal means korang telah buat persediaan awal. buat short notes, buat latih tubi, jawab soalan past year. bila korang dah buat semua ni secara tak langsung korang dah boleh agak soalan apa yang akan keluar. aku tak cakap eh soalan sebijik sejibon yang akan keluar tapi standard soalan biasanya akan lebih kurang. so apa tunggu lagi. sila study okey ?

2. study group / study sorang-sorang.
yang ni universal.terpulang pada individu.kalau korang rasa boleh study ramai-ramai silakan.no one will stop you. tapi tak semua boleh orang boleh stdy in group. porke(bahasa latin.sila goggle)? sebabnya ada sesetengah orang tu dia tak boleh nak adapt environment yang 'bising'. maksud aku bila da study group korang paham-pahamlah kalau dah sibuk ber-discuss tu cam mana caranya. kalau da satu group sampai 6 orang per cer ? tapi tu semua terpulang okeh. dua-dua cara study ni elok.tak ada yang tak bagusnya. so mana satu pilihan korang? pilihan aku?? rahsiaa...syhhh..


3. tanya lecturer/kawan kalau ada soalan yang tak paham.
malu bertanya sesat jalan. jadi kalau korang ada masalah sila lah tanya.tanya banyak-banyak sampai lecturer/kawan tak larat nak menjawab.silap hari bulan ko dapat pelempang dari dia. kalau aku biasanya dah dekat-dekat nak paper final aku akan jumpa lecturer. kadang-kadang time last minit macam ni lah diorang akan bagi tips yang dia tak bagi dalam class. mana tahu rezeki korang tengah mood baik lecturer tu bagi ko soalan bocor..haaa! amacam style tak ?hahha..ceh tak laa tapi apa yang aku cakap tu betul. cuba la.tak rugi pon.

4. tidur awal
ni korang dah tahu. tapi kalau aku memang tak lah. biasanya aku akan tido around pukul 12am macam tu.then pukul 3am or 4am bangun balik. tapi alarm tok sah citer la baper banyak aku pasang..ehehe..biasala orang kalau da liat nak bangun.tapi demi final aku akan buat. bila korang study pepagi buta macam tu serius senang nak ingat. then,dah abes study kalau dah masuk subuh terus solat. insyaallah Allah permudahkan segala apa yang korang belajar. :)

5.doa,tawakal,usaha
last but not least, dah usaha jangan lupa tawakal & doa. restu mak ayah pon penting ye. bila hati tenang insyaallah mesti bolej jawab soalan. 

6. study smart
saje je letak besar-besar. perkara paling penting yang perlu diingat. bila dah saat-saat akhir nak masuk hall. korang just belek notes je.tok sah bukak buku tebal-tebal dah. so guys. study smart k.not hard.

wahhh! sampai cam gini jadinye..ish ish ishhh

p/s:   hope this semester dapat buat yang terbaik.
cuaknyaa ..dah jom study !

Tuesday, April 26, 2011

Sahabat.

ingat tak time zaman sekolah tadika siapa sahabat korang? sekolah rendah? sekolah menengah? zaman kolej? zaman universiti? tak kan lah dari korang kecik sampai haq beso ni asik teman yang sama je. bukan aku nak kata tak ada tapi payah nak jumpa. sebabnya aku cakap macam tu yang pertama bila masuk nak masuk sekolah menengah tak kan aliran sama. kalau yang lebih sikit mesti dapat sains tulen. kalau nasib tak baik dapat akaun. tapi still boleh kawan lagi. sehati sejiwa gitu. yang kedua, lepas spm tak kan sama lagi kot ? tak kan korang share minat yang sama ? kalau share minat yang sama alhamdulillah.bagus teman ni.tapi pilihan universiti/kolej still sama jugak ? kadang-kadang minat mungkin sama tapi keenderungan untuk sama tempat mungkin tidak.

seriously aku cakap kawan baik aku dari tadika sampai sekarang lain-lain.maksud kat sini bukan tak kekal ke hape ke.jangan pikir bukan-bukan bole..? ada kang aku sepuk jendul kau nanti.oh!gurau je..:)
ok.mari berkenalan dengan kawan aku meh..lets check it out bebeh !

Yuha. member aku masa kecik-kecik dulu. zaman aku berhingus hijau lagi .sekolah tadika, rendah , sekolah agama semua  dengan dia.naik bus pon ngan dia.pendek kata semua dengan dia lah.now kat Universiti Utara Malaysia,Sintok. dok sambung study kat sana. amik course apa aku tak ingat tapi lebih kurang macam mass comm. i lebiu laa yuha.lama tak jumpa kau.
yang ni Aisyah. kawan aku masa sekolah menengah.sempoi,cool,brutal,macam jantan.senang cerita zaman sekolah macam tak ada talent jadi perempuan.bab terpekik terlolong ,tibai student lelaki bagi kat dia.kejap je settle.sape2 yang satu sekolah dengan aku konpem kenal dengan minah ni.ganaz! sebab tu jadi pengawas. garang nak mampos.HAHHA.. kalau korang nak tahu,dulu kalau time bahasa melayu or BI, karangan dia semua suruh aku buat. alasan dia "kita tak suka la awak buat benda ni. tak tahu nak karang macam mana.buatkan eh?" aku pulak mulut membebel je keje nya tapi tangan capai buku terus siapkan karangan si aisyah ni.padahal hati separuh rela time tu guwa cakap lu.haha..memang kelakar kalau diingat balik zaman sekolah.rasa nak undur je masa. now dia jadi pegawai angkatan tentera. aku tak ada nye nak minat pasal kawad semua ni..>,<
yang ni Qiet. ni pon kawan aku time sekolah menengah jugak.tapi tak serapat masa diploma dulu. tak sangka kitorang satu bilik even berlainan course. sejak tu la kitorang rapat sampai sekarang.walaupun mood dia ni macam puting beliung tapi so far kami masih lagi calling sampai sekarang.no gaduh-gaduh haa..dushh >>0_o)! alhamdulillah.
dyana ♥ shida ♥ fara
mereka kawan-kawan saya.Allah anugerahkan mereka disaat aku perlukan seseorang.terima kasih ye banyak tolong aku kawan-kawanku. :')
p/s: ada sesetengah perkara yang kita patot buang dan tak perlu diingat.
hargailah mereka selagi ada.

Sunday, April 3, 2011

Lain orang lain pendapat.kan?

Assalamualaikum ..
malam ni tak ada cerita apa sangat pun aku nak bagitahu. cuma nak share something dengan uols je.bunyi macam hot story aje. before ada fb aku selalu main myspace. tahu tak myspace tu apa? ke uols semua terlebih update sebab tak kenal myspace.okei abaikan ! aku bukan nak cerita pasal myspace or fb. dulu kat myspace aku ada blog. lebih kurang macam blogspot jugak boleh post entry. macam-macam jugak la post aku tapi semua heart-feeling punya cerita. geli pulak aku baca.HAHA.

one of my post is:
kenapa kalau kita kehilangan orang tersayang baru kita akan sedar orang tu dah tak ada dengan kita?kalau kita sayangkan seseorang tu kenapa apa yang kita harapkan dari dia lain dari apa yang kita impikan? dan kenapa kita sedih kehilangan orang tersayang dalam hidup kita? antara persahabatan dan percintaan semuanya penting. tanpa persahabatan tiada percintaan.tanpa percintaan tiada persahabatan. can u comment it ?

jiwang tak? as a normal human being uols mesti akan rasa macam ni jugak cuma kadang-kadang akal yang menidakkan apa yang kita fikir. apa yang aku post itulah yang aku rasa time tu. bila baca dengan keadaan sekarang sumpah aku rasa macam haihh..apekebende nih ?berlagak gile pompuan ni.padahal dia yang tulis.. :] so agak-agak korang ada ke nak layan post aku yang jiwang semacam ni? 


here is the comment:
kita kehilangan orang tersayang mungkin dapat dibahagi dengan beberapa sebab.memang terbukti & ternyata kadang-kadang tu kita tak sedar bila kita terlalu sayangkan sesuatu itu dan kita tak sedar & tak dapat menjangka yang seseorang itu akan hilang daripada hidup kita.mungkin kita kehilangan atas sebab kasih sayang yang tak berbelah bagi atau mungkin kita kehilangan dengan sebab segala-gala nya.memang dah lumrah hidup bila sesebuah pasangan percintaan itu baru berputik, setiap pasangan antara lelaki dan perempuan akan meletakkan harapan yang amat tinggi pada setiap pasangan masing-masing. memang kita boleh letakkan harapan pada orang yg kita sayang tapi kita tak boleh berharap apa yang kita impikan sebab tak semestinya apa yang kita impikan tak semestinya ada pada diri pasangan kita.sifat sayang dalam persahabatan digunakan dengan akal & fikiran. sifat sayang dalam percintaan digunakan dengan hati. hilang kawan boleh dicari ganti tapi hilang orang tersayang memang susah untuk dicari.oleh itu,pengorbanan lebih penting dari segala-galanya.berkorbanlah untuk sesuatu yang terbaik untuk diri kita.


-- komen asal panjang giler. aku rasa konpem korang malas nak baca. so aku pendekkan je.benda ni da 2 tahun terperam dalam ms.saje je nak buat tatapan nak share. but at the first sight bila aku baca benda ni rasa macam..hell! what happen huh? when i read it twice i shud admit thats really in-to-it me.

thanks guys for reading! :)
p/s: its hurt me sometimes.

Tak ada tajuk.bye !

aku rasa sekarang ni dah sampai saat-saat genting.bukan genting higlands ataupon atap genting ye. ni saat genting untuk aku. minggu ni..bermulanya minggu ni dan seterusnya boleh dikatakan setiap hari ada presentation. is it awesome ? of course not.
" Ya Allah, permudahkan lah segala apa yang ku rancang. "

Tuesday, March 22, 2011

Laman sesawang yoow

kacau bilau hidup aku sem ni. lagi-lagi bila kene buat website.
bahasa melayunya "laman sesawang"..HAHA.sumpah buruk dimelayukan. ni aku nak cerita sikit pasal assignment aku. actually aku amik course sytem networking. so apa related nya aku kene buat website dengan course yang aku amik ? aku bukan budak IT.macam menyusahkan. the most challenging part bila kene create database.demm! macam nak mampos aku nak create table semua. guna manual okeh.edit dekat command prompt.habis sem memang botak bai kepala guwa.
at least budak ni nampak comel bila botak.
kalau aku ? tak dapat aku bayangkan.*pengsan

p/s: esok kene stayback kat lab nak configure bridge,router,AP..*pengsan gulik-gulik

Sunday, March 20, 2011

Ya Allah,kuatkan lah semangat hamba-MU ini .

terasa macam nak menangis lagi hari ni. sumpah lately ni aku rasa terlebih sensitif. semalam mak call. mula-mula okeh borak-borak gelak-gelak lepas tu hamik kau. tak tertahan da rasa nak menangis. semua aku cerita kat mak. i be so tension this semester plus all my application for internship was rejected. but thats not the point. aku rasa sem ni memang tough giler. rasa tak sanggup. i'm so worried about all my subjects especially network wireless.

susah sangat ke ? bagi aku subject ni bukan susah tapi our project sumpah susah. masuk lab aku jadi blur. budak lain tolong pulak kan.hampeh ! sumpah sedih bila aku harap kawan-kawan ajar tapi ajar macam nak tak nak. seriously aku rasa annoying nak mampos. dok terhegeh-hegeh cakap dengan korang tanya itu ini then korang boleh cakap.."hah..apa? kau dah setting tu?ko configure ini"-- ini yang korang jawab.hmm..tak luak  pun ilmu korang kalau ajar orang tak pandai macam aku ni. belajar tinggi-tinggi tapi kedekut tak guna. orang kata biar ilmu tu tak tinggi tak pandai tapi dalam diri ada sifat tolong-menolong.
ingat ! kita ni tak selalu di atas.
Ya Allah, permudahkan lah urusanku pada sem ini. berilah hamba-MU ini petunjuk.amin. "

p/s: mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.Insyaallah.

Friday, March 4, 2011

semalaman ke-bosan-an.

1.10am. aku tak tidur lagi.mengadap assignment kononnya.
tak sampai satu jam pon.so aku blog-walking kejap.saja.
cari info best.on fesbuk.tak sampai 5 minit aku signout.bosan okeh.
tweeter?sorry aku tak main tweeter.nak try tapi nanti dulu lah.yang ada pon tak terlayan.
sila jangan tamak haloba okeh?good!

aku tengok desktop aku bersepah dengan file.
biasalah student.save document semua kat desktop.
senang nak cari.
on laptop.gerak gerak cursor.dah jumpa file terus click.
cepat kan?tak payah susah click sana click sini.
lumrah.manusia suka kan kerja yang cepat dan ringkas.
mudah dan tak pening kepala.

tengok file bersepah macam sampah. so aku create folder baru.
susun ikut subject.lagi teratur.
tapi aku ni jenis yang suka sepah kerja depan desktop.
agak agak dah pening baru la kemas.
kalau NR yang pegang.dia yang akan susun semua folder dalam ni.
nice kan dia? tak.saya lagi nice + cute.okeh perasan!

esok nak balik KL tapi barang tak kemas lagi.
buku pensil pemadam highlight bagai semua aku tabur atas meja.
kau ingat ada orang nak kemas barang kau ke?
esok pagi je la kemas.sempat ke?
rasa sayu nak balik.lepas ni lama lagi baru dapat balik jumpa mak dengan ayah adik-adik semua.

p/s: banyak kenangan sedih sejak duduk KL.

Tuesday, March 1, 2011

1 March 2011


goodbye February
welcome March

p/s : goodnight  guys. time to sleep

Monday, February 28, 2011

23 February 2011

23 Februari hari tu birthday NR..dah tua da dia tapi biasalah mengaku muda..HAHA..takut hilang market la tu kan. that day was really awesome. aku tak expect yang dia balik kerja awal then lepas maghrib dia bawak kuar dinner. aku ni memang tak pernah pergi gardens.amik kau sekali pergi garden jakun kejap.amik gamba sana sini..HAHA..tapi tak ada la over sangat. ada satu dua gambar..satu dua gambar ke?yo yo je makcik ni! I do really thanks because you brought me here in your birthday.so that we are celebrating his birthday together ..

venue : Gardens, Mid Valley

i heart him 






wish for you : may all your wishes come true. all da best in your career and success in your life. jangan tinggal solat. yang penting usaha & tawakal mesti seiring untuk berjaya. last but not least, i love the way you are. harap b suka hadiah tu ye..ngee~

Thursday, January 27, 2011

Sacrificed !

aku tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku semalam.sumpah speechless but in the same time i'm proud of him. another step for the brighter future. he asked me :

  b : sayang i dapat offer kerja lain. 
me : (excited) really. kerja kat mana tu ? 
  b : the same company but more focus in networking. banyak travel sbb nak install network..ke sana ke mari..syg okei ke ?
me : ohh ! congrats syg.

dalam hati tuhan je tahu apa yang aku rasa time tu. aku rasa macam nak nangis tapi aku tahan. seriously aku happy sangat dia dapat another job but in the same our time for each other will be limited after this.
mesti korang rasa aku macam sangat annoying kan ? i think so tapi aku faham.bidang kerja dia memang dah macam tu. tak kan aku ni selfish sangat sampai nak rosakkan masa depan anak orang. aku pon datang dari bidang yang sama.mungkin bila aku dah kerja nanti akan ke sana ke mari. i'm happy if he happy.

p/s : nak berjaya dalam hidup ni bukan mudah. banyak yang perlu dikorbankan. mungkin kesusahan sekarang ada ganjaran yang lebih baik menanti.mudah-mudahan.amin.

Saya seorang pelajar.

terus-terang aku agak sibuk sejak start new sem.assignment tak usah cakap.lepas satu satu datang.yang ada tak terbuat dapat lagi yang baru.presentation tak masuk lagi tu.sekarang ni pun tengah dok focus dengan research.okey i'm not master student ye..only degree. tak nak la borak pasal campus.boring! assignments-test-quiz-discussion tu semua adat belajar. dah tak bole elak da.suka tak suka kene tempuh jugak..
ni gamba lama aku masa diploma dulu..rajin seh awek ni.phewittt!

nampak tak tu sape?hehe..aku dan buku.
location : perpustakaan negara
kejap lagi ada class professional communication.then lab for e-commerce..haihh..tak sabar pulak rasanya nak habis study.

Saturday, January 15, 2011

Minggu keletihan

Sabtu,4.20 pm waktu Malaysia.HAHA.ayat nak poyo.baling kasut kang !

Alhamdulillah.minggu pertama di campus berakhir sudah. seriously sangat penat padahal tak buat apa pun.tapi otak aku yang penat. dok memikir macam mana nak susun jadual. amik subject ni clash.amik subject tu clash. habis tu aku nak amik subject apa? tiap-tiap sem macam ni. tak leh wat apa lah kalau macam tu.redha je la.ye! jawapan yang pasti.REDHA.

sekian untuk first week class !

p/s : this sem kalau boleh nak score dean list.insyaallah!

Saturday, January 8, 2011

No aktiviti.

tak ada apa sangat nak update. aktiviti pon tak ada nak dibuat.
bosan.
layan internet dari pagi tadi pastu tidur.
maybe malam baru keluar. wayang maybe?
tu je nak bagi tahu.ok bye.
love you guys !

Followers