Showing posts with label LOVE. Show all posts
Showing posts with label LOVE. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

A Crazy Little Thing Called Love

final exam lagi dua minggu tapi aku ? haihh..masih lagi dibuai perasaan-perasaan yang...err..ape aku mengarut ni daa.ehee.sorry :') semalam aku baru je habis tengok citer thailand. citer romantic okehh ! so cuteee..eee apsal aku macam jakun pulak neh.

seriously cerita ni sangat best. korang tengok lah. input from this movie sangat ok. tak berat. even cerita ni pasal chenta budak sekolah tapi banyak la pengajaran yang boleh di amik especially yang sibuk bercinta je macam aku. hikhik..konpem tak menyesal tengok citer ni.jalan cerita simple.klimaks pun simple and ending ??jeng..jeng..jeng.."kau tengok la.tak kan aku nak cerita pulak..ishh!" 
pelakon? tok sah cakap la.hensem! mesti dok bagi yang ensem dan cun. kalau sememeh sapo nak nengok? tapi awal-awal cerita heroin memang tak lawo. comot je muka. aku pon malas nak cerita panjang berjela.so apa kata korang beli cd dia and layan.download sude.. amacam okei ? okei baguuuuuuss!
for the first starting heroin yang sangat comot. tak cantik la senang cerita.

tapi 
..
..
..
tadaaa ! cantik kan ? macam mana dia boleh jadi cantik? botox? plastic surgery ? kalau nak tahu sila tengok tapi for sure aku cakap disebabkan CINTA  ia boleh mengubah kehidupan seseorang. selamat menonton.

" don't find love, lets love find you.
thats why its called falling in love,
because you don't force yourself to fall.
you just fall "

Sunday, April 3, 2011

Lain orang lain pendapat.kan?

Assalamualaikum ..
malam ni tak ada cerita apa sangat pun aku nak bagitahu. cuma nak share something dengan uols je.bunyi macam hot story aje. before ada fb aku selalu main myspace. tahu tak myspace tu apa? ke uols semua terlebih update sebab tak kenal myspace.okei abaikan ! aku bukan nak cerita pasal myspace or fb. dulu kat myspace aku ada blog. lebih kurang macam blogspot jugak boleh post entry. macam-macam jugak la post aku tapi semua heart-feeling punya cerita. geli pulak aku baca.HAHA.

one of my post is:
kenapa kalau kita kehilangan orang tersayang baru kita akan sedar orang tu dah tak ada dengan kita?kalau kita sayangkan seseorang tu kenapa apa yang kita harapkan dari dia lain dari apa yang kita impikan? dan kenapa kita sedih kehilangan orang tersayang dalam hidup kita? antara persahabatan dan percintaan semuanya penting. tanpa persahabatan tiada percintaan.tanpa percintaan tiada persahabatan. can u comment it ?

jiwang tak? as a normal human being uols mesti akan rasa macam ni jugak cuma kadang-kadang akal yang menidakkan apa yang kita fikir. apa yang aku post itulah yang aku rasa time tu. bila baca dengan keadaan sekarang sumpah aku rasa macam haihh..apekebende nih ?berlagak gile pompuan ni.padahal dia yang tulis.. :] so agak-agak korang ada ke nak layan post aku yang jiwang semacam ni? 


here is the comment:
kita kehilangan orang tersayang mungkin dapat dibahagi dengan beberapa sebab.memang terbukti & ternyata kadang-kadang tu kita tak sedar bila kita terlalu sayangkan sesuatu itu dan kita tak sedar & tak dapat menjangka yang seseorang itu akan hilang daripada hidup kita.mungkin kita kehilangan atas sebab kasih sayang yang tak berbelah bagi atau mungkin kita kehilangan dengan sebab segala-gala nya.memang dah lumrah hidup bila sesebuah pasangan percintaan itu baru berputik, setiap pasangan antara lelaki dan perempuan akan meletakkan harapan yang amat tinggi pada setiap pasangan masing-masing. memang kita boleh letakkan harapan pada orang yg kita sayang tapi kita tak boleh berharap apa yang kita impikan sebab tak semestinya apa yang kita impikan tak semestinya ada pada diri pasangan kita.sifat sayang dalam persahabatan digunakan dengan akal & fikiran. sifat sayang dalam percintaan digunakan dengan hati. hilang kawan boleh dicari ganti tapi hilang orang tersayang memang susah untuk dicari.oleh itu,pengorbanan lebih penting dari segala-galanya.berkorbanlah untuk sesuatu yang terbaik untuk diri kita.


-- komen asal panjang giler. aku rasa konpem korang malas nak baca. so aku pendekkan je.benda ni da 2 tahun terperam dalam ms.saje je nak buat tatapan nak share. but at the first sight bila aku baca benda ni rasa macam..hell! what happen huh? when i read it twice i shud admit thats really in-to-it me.

thanks guys for reading! :)
p/s: its hurt me sometimes.

Wednesday, March 30, 2011

Bagai kera dapat Bunga !

Hai peeps ! quickly update from me. banyak assignment nak kene siapkan. tengok tak tajuk entry nih ? bagai kera dapat bunga. okeh ! i'm not kera yerp. nak share ngn korang hari ni aku dapat bunga. cuba teka siapa bagi ? jeng .. jeng .. jeng .. for sure bukan dari secret admire, sugar daddy, peminat or fans. aku ni tak sefemes Fatin Liyana yang cantik gebu awesome tu nak dapat bunga sedozen bagai kan. 
(cik Fatin saya pinjam nama awak jap ye..mekaceh !) aku ni Fara yang biasa-biasa jer..

actually bunga ni si Amoi bagi tapi bukan by hand laa. kebetulan campus kitorang ada buat macam Friendship Day. so siapa-siapa nak dedicate hadiah or wut-so-ever leh datang kat booth for order. and si Amoi ni one of the customer yang singgah ke booth tu untuk bagi bunga ni. mula-mula tu aku memang tak tahu si Amoi ni nak bagi bunga. dia sendiri yang kantoikan plan dia kat aku. she is a kind-hearted girl okeh. aku , shida dengan kechik masing-masing dapat bunga. so tak ada la nanti ada yang gado tarik rambut sebab jeles tak dapat bunga kan.. HEHE. apapun really appreciated this. aku memang suka giler bunga ros merah. lambang CINTA gituwww..

si Amoi
thanks dear for the red rose.
love it !

Monday, February 28, 2011

23 February 2011

23 Februari hari tu birthday NR..dah tua da dia tapi biasalah mengaku muda..HAHA..takut hilang market la tu kan. that day was really awesome. aku tak expect yang dia balik kerja awal then lepas maghrib dia bawak kuar dinner. aku ni memang tak pernah pergi gardens.amik kau sekali pergi garden jakun kejap.amik gamba sana sini..HAHA..tapi tak ada la over sangat. ada satu dua gambar..satu dua gambar ke?yo yo je makcik ni! I do really thanks because you brought me here in your birthday.so that we are celebrating his birthday together ..

venue : Gardens, Mid Valley

i heart him 






wish for you : may all your wishes come true. all da best in your career and success in your life. jangan tinggal solat. yang penting usaha & tawakal mesti seiring untuk berjaya. last but not least, i love the way you are. harap b suka hadiah tu ye..ngee~

Saturday, January 8, 2011

No aktiviti.

tak ada apa sangat nak update. aktiviti pon tak ada nak dibuat.
bosan.
layan internet dari pagi tadi pastu tidur.
maybe malam baru keluar. wayang maybe?
tu je nak bagi tahu.ok bye.
love you guys !

Wednesday, January 5, 2011

Sedia Melepaskan


tajuk entry diambil dari blog kawan aku. dia ni jenis yang malas nak update.punya la lama aku tunggu dia update. then aku pun blogwalking kejap.bukan stalker okeh.aku suka pulak baca apa yang dia tulis. then,apa salah nya kalau aku share dengan korang kan?

So,

Ada kalanya kita tak mahu melepaskan sesuatu perkara atau orang-orang yang kita sayang atau sesuatu perhubungan, tapi ada saatnya dimana ketika seseorang itu patut belajar melupakan seseorang atau melepaskan sesuatu itu pergi. Bukan disebabkan sesuatu perkara itu atau seseorang itu tidak menyukai atau tidak sehaluan atau dah "tak ngam" orang kata melainkan kita berfikir yang seseorang itu mungkin lebih bahagia apabila kite melepaskan nya.

Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika...
  • kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
  • kita merasa dia itu cantik/hensem dan teristimewa dibandingkan dgn yang lain. (cantik, menarik, tetarik, kau memang da bomb!HAHA)
  • kita takut tidak dapat jumpa seseorang yang seperti dia.
  • begitu banyak saat-saat indah senantiasa terbayang di benak kita.
  • Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata "Saya sangat mencintainya".
Ingatlah !! Melepaskan bukanlah pengakhiran, mungkin ianya sesuatu pengawalan kepada yang baru..

Kita harus melepaskan seseorang kerana...
  • kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
  • kita menyedari yang cantik dan yang istimewa itu belum tentu yang terbaik buat kita.
  • kita tahu jika Tuhan mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap umatnya.
  • kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah kenangan sahaja.
  • di hati berkata "tidak ada lagi yang dapat dipertahankan".
  • Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa.namun kita telah memahami sesuatu...!
segalanya tentang waktu.ada ketikanya kita mempertahankan sesuatu milik kita tapi ada saatnya kita patut
melepaskan sesuatu yang bukan lagi milik kita.
p/s : entry ini tiada kaitan antara yang 
HIDUP atau yang telah MATI

Monday, January 3, 2011

Back to School..yieehaaa !!

hows your day today guys? mine was so excited. bukan aku ye. tapi adik-adik aku sang lelaki..huru-hara kejap rumah di waktu pagi. suara sang mak pagi-pagi da dok terjerit-jerit kejut 2 ekor orang adik lelaki sebab hari ni first day diorang start sekolah..diorang punya malas nak bangun tok sah la nak cakap..punya la liat. mak aku tak de nye nak kejut macam anak raja.kalau da 2 3 kali mak aku kejut tak bangun siap sedia laa ko. aku yang tak pergi sekolah pon boleh terbangun ...haihhh..and aku dapat job menghantar si kecik ke sekolah. bukan main lagi si kecik tu bersiap. baju baru beg baru serba-serbi baru..cehh..along dolu2 tak gitu pon..
luckily my younger brother not being like this..ohh!!
he's now 11years..

Wednesday, November 17, 2010

Pulau Tioman

Pergi Tioman 3 bulan lepas tapi baru sekarang nak tulis entry.aishh apo nak jadi nih Farhana?*sambil geleng2 kepala tapi jangan over sangat.tercabut pulak kang kepala tu. i tak tanggung okeh.good!* 
actually, from my previous post 'Tak ada story' I ada janji nak update pasal holiday trip tu tapi tak sempat la pulak. sangat-sangat sibuk dengan kuliah..cewahh..kuliah la sangat. tapi I memang sibuk okeh ! serious tak tipu.

I pergi Tioman bulan lapan macam tu. macam biasa Syafrin(boyfie), Mirol, Zizan, Ed & Lea. kitorang semua gerak dari KL malam then ke Batu Pahat jumpa Zizan kat sana. dari sana baru kitorang gerak ke Mersing. so excited and rasa macam nak pergi lagi ! 

so,here our pictures..enjoy !
 Jeti Pulau Tioman.

Zizan, Syafrin, Farhana, Ed, Lea
Mirol and Syafrin. kesian Zizan nampak spect dia je.opss! jangan marah yer
sangat cantik pantai di sini. rasa tenang je tengok laut..
aigoo! korang main bola pantai ke kelapa pantai? tak pon kepala pantai..hahaha
saya takot air! puas dah asik nangis je sepanjang snorkelling..
macam ni la pemandangan time snorkeling. sumpah sangat cantik! kalau kene jadi Duyung ok kot.mesti lagi chantek kan? (sila jangan perasan! behave ye..)
 Zizan + Mirol = auwww!! (=

3 of them
Farhana (me), Lea, Ed



Thursday, November 11, 2010

Breaking news !

okeh ! tajuk tak ada kene mengena dengan entry.
sekian..
*****
Date: 3rd November 2010
Venue: TGI Friday's , The Curve
no words can describe my feeling while celebrating my birthday with beloved boyfie together. just two of us with the TGI crews. the best part bila sierra (one of the crew) ask me to perform one song. dengan suara yang merdu tak sedap maka saya pun nyanyi lagu 'Nobody' tapi separuh je la. nak nyanyi sampai habis tak tahu. yang aku ingat 'I want nobody nobody but you' dengan gaya penyanyi jepun tu.cewahhhh..hahaha..
dear, 
thanks a lot of the great time together for celebrating my birthday. thanks too for the present..apa yang I harapkan hubungan kita berkekalan. I tak nak hadiah mahal-mahal tapi kalau u nak bagi I terima aje..hehehe.. I janji tak nakal , apa yang u suruh I ikut and I akan sokong apa pun yang u buat demi kebaikan i tapi bukan sokongan untuk u dengan perempuan lain okeh ? siap u nanti..last but no least i love u Sayang..
muka kelaparan..ngee~
 uit pandang la sini..khusyuk betol..
saya sangat lapar okeh ! menu 'bbq beef tacos with fries'
syaf with his menu 'south west macroni cheese with chicken grilled'
hahahha..kelaparan menguasai diri..
yess ! lapar ye bang??
kek ni seriously sangat sedap !

Date: 4 November 2010
Venue: Hostel , Bangsar (bilik 302)
there is a small celebration with beloved friends from balqis, fazi, shidah, lynda, fatin & kak yati. even hari jadi da lepas tapi dorang still celebrate..lagipun apa salahnya kalau nak celebrate birthday sebulan pun kan??
anyway,sangat-sangat terharu sebab diorang sangat bersusah payah nak rancang semua ni. to my roomate balqis no words can described it..i like the shawl ! i love that color. rancangan nak tengok aku melalak menjadi. meroyan aku menangis. dah penat-penat nangis suddenly diorang jerit SURPRISE ! Oh my God, kenapa aku tak fikir ni semua plan diorang? ye ye je aku nagis macam orang hilang laki. rupanya lakonan semata. I was thought it was true ada orang memburukkan aku konon nya aku ni bawak cerita pasal shidah.pandai pulak dia berlakon??hmmm.. dengan muka ala-ala pelakon yang baru menang award, shidah suruh aku keluar dari bilik dia.perghhh! part tu memang betul-betul buat aku nangis. pape pun thanks a lot of this surprise. it was really meaningfull from you guys.
berbaju hijau tu lah shidah





















my beloved roomates balqis & fazi
this is what i called SURPRISE !
p/s: next week ada paper final.sila study okeh?

Monday, October 25, 2010

Plan gila !


Last few days, I dengan en.boyfie serta kawan-kawan ke Bukit Tinggi. korang mesti tahu kat mane kan? time ni memang gile2 punya plan sebab esok tu Isnin. I ada class. budak-budak tu semua kerja.even kat atas dah lengang time thu tapi I sangat happy. rasa tenang jer. korang if ada buat trip pergi mane2 ajak I okeh?(memang muka tak malu betol farhana ni)ehehehee...
location : Bukit Tinggi , Pahang
gamba ni time kitorang dah sesat sebab tak jumpa jalan. at last smpai kat sini. 
ni lah hasilnya. jumpa signboard pun jadi nak berposing.. 
 macam kuat je nak mengangkat..padahal muka berkerut tahan berat..hahaha
zana & fara
kenapa lah encik boyfie saya terlebih posing? dia memang pantang jumpa camera.
spontan aksi 'manja' nya keluar..
mirol + anis = menjadi sangat aktif pada waktu malam.
dah macam kanak-kanak riang je aku tengok korang..upss!
 gelagat kami di atas jambatan bila bergambar..smile smile..
si jacket hitam IDAMAN saya..lalalaa
gadis berbaju merah..auww! comel !

Tuesday, October 5, 2010

Kuning Diraja

Tengok perkataan 'Diraja' mesti korang pelik kan?ada anak raja kapoor masuk meminang ke?ishh nak jugak cakap anak raja masuk meminang. berangan lebih kau ni Farhana.jangan salah faham lak ye.sebelum tu nak minta maaf minta ampun awal-awal mana la tahu kot-kot ada anak raja yang singgah sini. 
'Kuning Diraja'(siap highlight lagi kasi jelas sejelas-jelas nya) tu tema baju I dengan Syaf & The geng. kalau korang nak tahu punya la seksa nak mencari colour kuning terang. tak tahu la berapa kali tawaf Jln Tar cari baju. but at last alhamdulillah sebab jumpa jugak baju yang I nak tapi colour lain sikit. (janji cun).
INILAH HASILNYA
  
sedondon berpakaian kuning.
pasangan kiri: dilla& mirul xxx pasangan kanan:den&adik beliau(maaf,tak tahu nama)

siapa paling meriah?
from left Zana, Mirul,Anis, Syaf

kepenatan ye kamu bertiga?
PENAMPILAN ISTIMEWA ..jeng jeng jeng
Syafrin & Farhana
Pape pun raya kali ni best sebab I dapat beraya dengan kawan-kawan.paling penting keayuan colour baju paling menyerlah. mana ada yang berani pakai KUNING macam kami. pergi open house orang dok usha.anak sapo la neh? cantik betoii..hehehee
p/s: pada mirul serta den, aku pinjam gamba korang..
jangan marah naa.. 
 

Sunday, September 12, 2010

Entry Raya

Amacam raya?seronok tak??budak-budak kecik sebaya adik I mestilah seronok dapat raya.dapat main mercun. kalau I ni tak da maknanya lar. sibuk kat dapur tolong makan mak apa yang patot. tahun ni I beraya dekat pontian. almaklumla mak ayah orang sana. senang dua-dua dekat. senang kampung dekat2 tak de la gaduh-gaduh nak balik kampung siapa dulu. kan kan?

raya tahun ni lain sikit sebab first time I drive sendiri balik kampung. tapi seriusly tak best. bila da follow montot kereta ayah, I kene bawak slow gila. 50km/j. lembapkan?? sampai kampung da petang lepas tu pergi rumah atok sedara family mama then sambung rumah maklong family ayah. kalau korang biasanya makan ketupat dengan rendang kan? tapi family I keturunan bugis so makanan kitorang lain. tradisi orang bugis makan burasak, lepat, ayam masak merah, rendang. lauk thu basic je. bukan orang bugis pon tahu  lauk ayam masak merah dengan rendang. malam baru la sampai rumah makngah. penat giler. siap je tukar baju teros tidur. sedar-sedar dah pagi..hehehee
p/s: harap-harap raya ni berat badan tak naik.

Followers