Showing posts with label advise. Show all posts
Showing posts with label advise. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

Bila exam je mesti stress..ngee~

Hey peeps! study ke tu?wahh,bagus.teruskan tapi janganlah stress sangat okei. take a breath. tarikkkk...hembusss..tarikkkkk..hembusss..fuhh !aku bukan nak ajar korang cara pernafasan lorr..(o_0)!
sebanarnya, aku nak share tips before exam.aku tahu korang ada tips korang sendiri but then aku nak gak share tips aku.wahh!ayat kemain lagi kan. " aku ni idak lerr pandai sangat nak ber-tips2 bagai ni.. tapi apa salahnya kan kalau aku nak share cara aku study kan." kalau korang rasa korang boleh ikot style aku why not korang cuba kan?


dulu masa diploma style study aku semacam sikit. biasanya aku akan pulun habis-habisan sehari sebelum exam sampai tak cukup tido. esok nya mata macam beruang kutub nak jawab exam..kahkahkah..:') tapi bila result keluar tak ada lah gempak. biasa je. so far alhamdulillah pencapaian okei tapi tak adanya nak dibanggakan. cuma sem ni jela aku cuak sikit.tak tahu nak cakap cam mana.mostly subject sume cam killer..huh..

jadi aku pon dok pikir kenapalah result aku teruk eh? macam orang tak study pon iye..>,< bila dah sambung degree aku ubah style study aku. alhamdulillah pointer seperti yang diharapkan tapi target untuk dean list award tak tercapai lagi. harapnya sem ni laa.amin.mudah-mudahan.

1. study lebih awal sebelum tarikh peperiksaan.
bila korang study awal means korang telah buat persediaan awal. buat short notes, buat latih tubi, jawab soalan past year. bila korang dah buat semua ni secara tak langsung korang dah boleh agak soalan apa yang akan keluar. aku tak cakap eh soalan sebijik sejibon yang akan keluar tapi standard soalan biasanya akan lebih kurang. so apa tunggu lagi. sila study okey ?

2. study group / study sorang-sorang.
yang ni universal.terpulang pada individu.kalau korang rasa boleh study ramai-ramai silakan.no one will stop you. tapi tak semua boleh orang boleh stdy in group. porke(bahasa latin.sila goggle)? sebabnya ada sesetengah orang tu dia tak boleh nak adapt environment yang 'bising'. maksud aku bila da study group korang paham-pahamlah kalau dah sibuk ber-discuss tu cam mana caranya. kalau da satu group sampai 6 orang per cer ? tapi tu semua terpulang okeh. dua-dua cara study ni elok.tak ada yang tak bagusnya. so mana satu pilihan korang? pilihan aku?? rahsiaa...syhhh..


3. tanya lecturer/kawan kalau ada soalan yang tak paham.
malu bertanya sesat jalan. jadi kalau korang ada masalah sila lah tanya.tanya banyak-banyak sampai lecturer/kawan tak larat nak menjawab.silap hari bulan ko dapat pelempang dari dia. kalau aku biasanya dah dekat-dekat nak paper final aku akan jumpa lecturer. kadang-kadang time last minit macam ni lah diorang akan bagi tips yang dia tak bagi dalam class. mana tahu rezeki korang tengah mood baik lecturer tu bagi ko soalan bocor..haaa! amacam style tak ?hahha..ceh tak laa tapi apa yang aku cakap tu betul. cuba la.tak rugi pon.

4. tidur awal
ni korang dah tahu. tapi kalau aku memang tak lah. biasanya aku akan tido around pukul 12am macam tu.then pukul 3am or 4am bangun balik. tapi alarm tok sah citer la baper banyak aku pasang..ehehe..biasala orang kalau da liat nak bangun.tapi demi final aku akan buat. bila korang study pepagi buta macam tu serius senang nak ingat. then,dah abes study kalau dah masuk subuh terus solat. insyaallah Allah permudahkan segala apa yang korang belajar. :)

5.doa,tawakal,usaha
last but not least, dah usaha jangan lupa tawakal & doa. restu mak ayah pon penting ye. bila hati tenang insyaallah mesti bolej jawab soalan. 

6. study smart
saje je letak besar-besar. perkara paling penting yang perlu diingat. bila dah saat-saat akhir nak masuk hall. korang just belek notes je.tok sah bukak buku tebal-tebal dah. so guys. study smart k.not hard.

wahhh! sampai cam gini jadinye..ish ish ishhh

p/s:   hope this semester dapat buat yang terbaik.
cuaknyaa ..dah jom study !

Sunday, April 3, 2011

Lain orang lain pendapat.kan?

Assalamualaikum ..
malam ni tak ada cerita apa sangat pun aku nak bagitahu. cuma nak share something dengan uols je.bunyi macam hot story aje. before ada fb aku selalu main myspace. tahu tak myspace tu apa? ke uols semua terlebih update sebab tak kenal myspace.okei abaikan ! aku bukan nak cerita pasal myspace or fb. dulu kat myspace aku ada blog. lebih kurang macam blogspot jugak boleh post entry. macam-macam jugak la post aku tapi semua heart-feeling punya cerita. geli pulak aku baca.HAHA.

one of my post is:
kenapa kalau kita kehilangan orang tersayang baru kita akan sedar orang tu dah tak ada dengan kita?kalau kita sayangkan seseorang tu kenapa apa yang kita harapkan dari dia lain dari apa yang kita impikan? dan kenapa kita sedih kehilangan orang tersayang dalam hidup kita? antara persahabatan dan percintaan semuanya penting. tanpa persahabatan tiada percintaan.tanpa percintaan tiada persahabatan. can u comment it ?

jiwang tak? as a normal human being uols mesti akan rasa macam ni jugak cuma kadang-kadang akal yang menidakkan apa yang kita fikir. apa yang aku post itulah yang aku rasa time tu. bila baca dengan keadaan sekarang sumpah aku rasa macam haihh..apekebende nih ?berlagak gile pompuan ni.padahal dia yang tulis.. :] so agak-agak korang ada ke nak layan post aku yang jiwang semacam ni? 


here is the comment:
kita kehilangan orang tersayang mungkin dapat dibahagi dengan beberapa sebab.memang terbukti & ternyata kadang-kadang tu kita tak sedar bila kita terlalu sayangkan sesuatu itu dan kita tak sedar & tak dapat menjangka yang seseorang itu akan hilang daripada hidup kita.mungkin kita kehilangan atas sebab kasih sayang yang tak berbelah bagi atau mungkin kita kehilangan dengan sebab segala-gala nya.memang dah lumrah hidup bila sesebuah pasangan percintaan itu baru berputik, setiap pasangan antara lelaki dan perempuan akan meletakkan harapan yang amat tinggi pada setiap pasangan masing-masing. memang kita boleh letakkan harapan pada orang yg kita sayang tapi kita tak boleh berharap apa yang kita impikan sebab tak semestinya apa yang kita impikan tak semestinya ada pada diri pasangan kita.sifat sayang dalam persahabatan digunakan dengan akal & fikiran. sifat sayang dalam percintaan digunakan dengan hati. hilang kawan boleh dicari ganti tapi hilang orang tersayang memang susah untuk dicari.oleh itu,pengorbanan lebih penting dari segala-galanya.berkorbanlah untuk sesuatu yang terbaik untuk diri kita.


-- komen asal panjang giler. aku rasa konpem korang malas nak baca. so aku pendekkan je.benda ni da 2 tahun terperam dalam ms.saje je nak buat tatapan nak share. but at the first sight bila aku baca benda ni rasa macam..hell! what happen huh? when i read it twice i shud admit thats really in-to-it me.

thanks guys for reading! :)
p/s: its hurt me sometimes.

Wednesday, January 5, 2011

Sedia Melepaskan


tajuk entry diambil dari blog kawan aku. dia ni jenis yang malas nak update.punya la lama aku tunggu dia update. then aku pun blogwalking kejap.bukan stalker okeh.aku suka pulak baca apa yang dia tulis. then,apa salah nya kalau aku share dengan korang kan?

So,

Ada kalanya kita tak mahu melepaskan sesuatu perkara atau orang-orang yang kita sayang atau sesuatu perhubungan, tapi ada saatnya dimana ketika seseorang itu patut belajar melupakan seseorang atau melepaskan sesuatu itu pergi. Bukan disebabkan sesuatu perkara itu atau seseorang itu tidak menyukai atau tidak sehaluan atau dah "tak ngam" orang kata melainkan kita berfikir yang seseorang itu mungkin lebih bahagia apabila kite melepaskan nya.

Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika...
  • kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
  • kita merasa dia itu cantik/hensem dan teristimewa dibandingkan dgn yang lain. (cantik, menarik, tetarik, kau memang da bomb!HAHA)
  • kita takut tidak dapat jumpa seseorang yang seperti dia.
  • begitu banyak saat-saat indah senantiasa terbayang di benak kita.
  • Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata "Saya sangat mencintainya".
Ingatlah !! Melepaskan bukanlah pengakhiran, mungkin ianya sesuatu pengawalan kepada yang baru..

Kita harus melepaskan seseorang kerana...
  • kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
  • kita menyedari yang cantik dan yang istimewa itu belum tentu yang terbaik buat kita.
  • kita tahu jika Tuhan mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap umatnya.
  • kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah kenangan sahaja.
  • di hati berkata "tidak ada lagi yang dapat dipertahankan".
  • Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa.namun kita telah memahami sesuatu...!
segalanya tentang waktu.ada ketikanya kita mempertahankan sesuatu milik kita tapi ada saatnya kita patut
melepaskan sesuatu yang bukan lagi milik kita.
p/s : entry ini tiada kaitan antara yang 
HIDUP atau yang telah MATI

Saturday, April 24, 2010

Tazkirah.

kita selalu merancang sesuatu..merancang & terus merancang.
tapi kdg2 ap yg kita rancang tidak seperti yg diharapkan.
"manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan."

seseorang berkata..
' tu semua kerja tuhan '
' jangan berharap sangat '
' Allah yang menentukan.. '

kdg2 ap yg kita harapkan tak seperti yg diharapkan..
kenapa ye??
kdg2 kita rasa itu yg terbaik buat kita tapi sbnarny perancangan yg akan dtg adlh lebih baik dari yg kita rancang..
cuma kita sebagai manusia tak tahu mksud yg tersirat di sebalik tersurat.
apa yg telah berlalu biarlah ia terus berlalu.
mungkin apa yg telah berlaku ad hikmah di sebalikny.
tempuhilah masa akan datang dgn hati yg terbuka..
jadikan perkara yg lepas sbgai pengajaran.

Thursday, April 15, 2010

Sekadar renungan

Pd masa dahulu ada seorang jejaka yg slalu menghabiskan masanya di perpustakaan pd waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia tlh terjumpa sebuah novel yg ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka utk mengutus surat kpd si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat utk memberitahu niat ingin berkawan dgn gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan dpd gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dgn si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kpd perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera utk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pd hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yg agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah...sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Trimalah bunga ini dan pelawaanku untuk mkn mlm. Orang tuaku tidak sabar utk bertemu dgnmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yg terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kpdku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa dia sdg menunggumu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."
Berapa ramaikah manusia yg sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kpd hati dan bukan kpd rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kpd perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...

Lihat la pada hati bukan pada rupa seseorang itu..kerana rupa akan berubah suatu hari nanti, tetapi sesuci hati yang ikhlas akan kekal selamanya..

sekadar ingin berkongsi apa yg i baca.

Monday, April 12, 2010

Something happen for reason.

Kite kehilangan org yg tersayang mungkin dpt dibahagi dgn beberapa sbb.
Memang terbukti dan ternyata kadang2 tue kite xsedar bile kite terlalu sygkn sesuatu itu dn kite xsedar dan x dpt menjangka yg seseorg itu akan hilang dpd hidup kite.
Mungkin kite kehilangan atas dasar pengorbanan.
Mungkin kite kehilangan atas sbb kasih syg yg x terperi dan berbelah bagi.Mungkin kite kehilangan sbb segala2nya.

Mmg dh lumrah hidup bile sesebuah pasangan percintaan itu baru berputik,
Stiap pasangan antara lelaki dan perempuan itu terlalu meletakkan harapan yg teramat tinggi pd stiap pasangan masing2.
Memang kite bole letakkn harapan utk org yg kite syg tetapi kite x boleh terlalu mengharap utk ape yg kite harapkn.
sbbnye x semestinye ape yg kite impikan segala2nye ade pd diri seseorg itu tp x brmkna kite patut berputus asa dgn ape yg telah kite harapkn.
Masih ade berbagai2 usaha dan cara yg bole kite terapkn utk mendapatkn setiap impian dan harapan kite dpd diri seseorg itu.
Kite juga tidak bole slaloo menyalahkn pasangan kite itu jikalau kite sdri tahu org itu sememangnye lemah.
Jadi bantulah org yg lemah itu jika sekiranya org itu benar2 mengharapkn pertolongan dr kite.Bole diibaratkn pd diri kite juga.
Andai kata mata kite telah kabur utk membaca buku,x semestinya kite dpt terus baca
jika tiada cermin mata.Jikalau kite dlm kegelapan,xsemestinya kite bole trus berjalan jika tiada lampu utk bersuluh.X salah jika ape yg kite buat pd diri kita itu kite cuba pula utk beri kepadanya contohnya spt cermin mata sbgi gambaran kpd dirinye dan lampu suluh sbgi penyuluh hidupnye.

Sume org mempunyai perasaan dan sudah tentu merasa sedih jika
kehilangan org yg tersayang dlm hidup.Tetapi jgn persalahkn sesiapa
walaupn org itu adalah kekasih kite sdri.Cuba blaja dri kesilapan dn
blaja mengenali diri kite sndri.Mungkin kite bole amik kejadian yg
telah berlaku itu sbgi iktibar dn panduan pd diri kite.

Tidak salah utk kite pentingkn kedua2nya antara persahabatan dn percintaan.Tetapi perlulah kite memberikan kepentingan yg lebih kpd org yg kite sayangi.
Jika tidak itu akan membawa kite kearah kehilangan yg patut dijauhkn.Juga mengundang kite kpd perasaan sedih yg mendalam.Bak kata org,berkawan biar seribu tetapi bercinta dan berkasih hanya pd yg satu.
Sifat syg dlm persahabatan hanya digunakn dgn akal dn fikiran.
Tetapi sifat syg dlm percintaan hanya bole dtg dn digunakn dgn hati sahaja.Hilang kawan dimana2 pn bole dicari ganti.tetapi hilang org yg tersayang mmg susah skali utk dicari.Oleh itu,pengorbanan adalah lebih penting dr segala2nya.Berkorbanlah utk sesuatu yg terbaik utk diri kite.

from someone..

Followers