Showing posts with label campus. Show all posts
Showing posts with label campus. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

# Wordless Wednesday


OFFICIALLY FINAL YEAR STUDENT!

I'm taking this subject for this semester and yeah, i'm final year student >__<
# Project Management
# Remote Access
# VOIP
# MultiLayer Switching
# Java Programming
# Network Security

Wednesday, April 27, 2011

Bila exam je mesti stress..ngee~

Hey peeps! study ke tu?wahh,bagus.teruskan tapi janganlah stress sangat okei. take a breath. tarikkkk...hembusss..tarikkkkk..hembusss..fuhh !aku bukan nak ajar korang cara pernafasan lorr..(o_0)!
sebanarnya, aku nak share tips before exam.aku tahu korang ada tips korang sendiri but then aku nak gak share tips aku.wahh!ayat kemain lagi kan. " aku ni idak lerr pandai sangat nak ber-tips2 bagai ni.. tapi apa salahnya kan kalau aku nak share cara aku study kan." kalau korang rasa korang boleh ikot style aku why not korang cuba kan?


dulu masa diploma style study aku semacam sikit. biasanya aku akan pulun habis-habisan sehari sebelum exam sampai tak cukup tido. esok nya mata macam beruang kutub nak jawab exam..kahkahkah..:') tapi bila result keluar tak ada lah gempak. biasa je. so far alhamdulillah pencapaian okei tapi tak adanya nak dibanggakan. cuma sem ni jela aku cuak sikit.tak tahu nak cakap cam mana.mostly subject sume cam killer..huh..

jadi aku pon dok pikir kenapalah result aku teruk eh? macam orang tak study pon iye..>,< bila dah sambung degree aku ubah style study aku. alhamdulillah pointer seperti yang diharapkan tapi target untuk dean list award tak tercapai lagi. harapnya sem ni laa.amin.mudah-mudahan.

1. study lebih awal sebelum tarikh peperiksaan.
bila korang study awal means korang telah buat persediaan awal. buat short notes, buat latih tubi, jawab soalan past year. bila korang dah buat semua ni secara tak langsung korang dah boleh agak soalan apa yang akan keluar. aku tak cakap eh soalan sebijik sejibon yang akan keluar tapi standard soalan biasanya akan lebih kurang. so apa tunggu lagi. sila study okey ?

2. study group / study sorang-sorang.
yang ni universal.terpulang pada individu.kalau korang rasa boleh study ramai-ramai silakan.no one will stop you. tapi tak semua boleh orang boleh stdy in group. porke(bahasa latin.sila goggle)? sebabnya ada sesetengah orang tu dia tak boleh nak adapt environment yang 'bising'. maksud aku bila da study group korang paham-pahamlah kalau dah sibuk ber-discuss tu cam mana caranya. kalau da satu group sampai 6 orang per cer ? tapi tu semua terpulang okeh. dua-dua cara study ni elok.tak ada yang tak bagusnya. so mana satu pilihan korang? pilihan aku?? rahsiaa...syhhh..


3. tanya lecturer/kawan kalau ada soalan yang tak paham.
malu bertanya sesat jalan. jadi kalau korang ada masalah sila lah tanya.tanya banyak-banyak sampai lecturer/kawan tak larat nak menjawab.silap hari bulan ko dapat pelempang dari dia. kalau aku biasanya dah dekat-dekat nak paper final aku akan jumpa lecturer. kadang-kadang time last minit macam ni lah diorang akan bagi tips yang dia tak bagi dalam class. mana tahu rezeki korang tengah mood baik lecturer tu bagi ko soalan bocor..haaa! amacam style tak ?hahha..ceh tak laa tapi apa yang aku cakap tu betul. cuba la.tak rugi pon.

4. tidur awal
ni korang dah tahu. tapi kalau aku memang tak lah. biasanya aku akan tido around pukul 12am macam tu.then pukul 3am or 4am bangun balik. tapi alarm tok sah citer la baper banyak aku pasang..ehehe..biasala orang kalau da liat nak bangun.tapi demi final aku akan buat. bila korang study pepagi buta macam tu serius senang nak ingat. then,dah abes study kalau dah masuk subuh terus solat. insyaallah Allah permudahkan segala apa yang korang belajar. :)

5.doa,tawakal,usaha
last but not least, dah usaha jangan lupa tawakal & doa. restu mak ayah pon penting ye. bila hati tenang insyaallah mesti bolej jawab soalan. 

6. study smart
saje je letak besar-besar. perkara paling penting yang perlu diingat. bila dah saat-saat akhir nak masuk hall. korang just belek notes je.tok sah bukak buku tebal-tebal dah. so guys. study smart k.not hard.

wahhh! sampai cam gini jadinye..ish ish ishhh

p/s:   hope this semester dapat buat yang terbaik.
cuaknyaa ..dah jom study !

Tuesday, March 22, 2011

Laman sesawang yoow

kacau bilau hidup aku sem ni. lagi-lagi bila kene buat website.
bahasa melayunya "laman sesawang"..HAHA.sumpah buruk dimelayukan. ni aku nak cerita sikit pasal assignment aku. actually aku amik course sytem networking. so apa related nya aku kene buat website dengan course yang aku amik ? aku bukan budak IT.macam menyusahkan. the most challenging part bila kene create database.demm! macam nak mampos aku nak create table semua. guna manual okeh.edit dekat command prompt.habis sem memang botak bai kepala guwa.
at least budak ni nampak comel bila botak.
kalau aku ? tak dapat aku bayangkan.*pengsan

p/s: esok kene stayback kat lab nak configure bridge,router,AP..*pengsan gulik-gulik

Sunday, March 20, 2011

Ya Allah,kuatkan lah semangat hamba-MU ini .

terasa macam nak menangis lagi hari ni. sumpah lately ni aku rasa terlebih sensitif. semalam mak call. mula-mula okeh borak-borak gelak-gelak lepas tu hamik kau. tak tertahan da rasa nak menangis. semua aku cerita kat mak. i be so tension this semester plus all my application for internship was rejected. but thats not the point. aku rasa sem ni memang tough giler. rasa tak sanggup. i'm so worried about all my subjects especially network wireless.

susah sangat ke ? bagi aku subject ni bukan susah tapi our project sumpah susah. masuk lab aku jadi blur. budak lain tolong pulak kan.hampeh ! sumpah sedih bila aku harap kawan-kawan ajar tapi ajar macam nak tak nak. seriously aku rasa annoying nak mampos. dok terhegeh-hegeh cakap dengan korang tanya itu ini then korang boleh cakap.."hah..apa? kau dah setting tu?ko configure ini"-- ini yang korang jawab.hmm..tak luak  pun ilmu korang kalau ajar orang tak pandai macam aku ni. belajar tinggi-tinggi tapi kedekut tak guna. orang kata biar ilmu tu tak tinggi tak pandai tapi dalam diri ada sifat tolong-menolong.
ingat ! kita ni tak selalu di atas.
Ya Allah, permudahkan lah urusanku pada sem ini. berilah hamba-MU ini petunjuk.amin. "

p/s: mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.Insyaallah.

Thursday, January 27, 2011

Saya seorang pelajar.

terus-terang aku agak sibuk sejak start new sem.assignment tak usah cakap.lepas satu satu datang.yang ada tak terbuat dapat lagi yang baru.presentation tak masuk lagi tu.sekarang ni pun tengah dok focus dengan research.okey i'm not master student ye..only degree. tak nak la borak pasal campus.boring! assignments-test-quiz-discussion tu semua adat belajar. dah tak bole elak da.suka tak suka kene tempuh jugak..
ni gamba lama aku masa diploma dulu..rajin seh awek ni.phewittt!

nampak tak tu sape?hehe..aku dan buku.
location : perpustakaan negara
kejap lagi ada class professional communication.then lab for e-commerce..haihh..tak sabar pulak rasanya nak habis study.

Saturday, January 15, 2011

Minggu keletihan

Sabtu,4.20 pm waktu Malaysia.HAHA.ayat nak poyo.baling kasut kang !

Alhamdulillah.minggu pertama di campus berakhir sudah. seriously sangat penat padahal tak buat apa pun.tapi otak aku yang penat. dok memikir macam mana nak susun jadual. amik subject ni clash.amik subject tu clash. habis tu aku nak amik subject apa? tiap-tiap sem macam ni. tak leh wat apa lah kalau macam tu.redha je la.ye! jawapan yang pasti.REDHA.

sekian untuk first week class !

p/s : this sem kalau boleh nak score dean list.insyaallah!

Monday, November 29, 2010

Macam malas pulak nak naik sem..tett

pejam celik pejam celik makn tido jalan merayap gitu gini tinggal berapa hari je lagi nak start sem.ni sem baru tahu! tengok subject agak-agak class pon macam pack.errr..

 nampak ke tak nampak ke , korang kene nampak kan jugak. kalau.tak nampak jugak pergi pinjam cermin mata atok jiran sebelah.NGEE~

myGod! kenapa lah class start awal yer? alahaii..lemah pulak sendi ni rasanya bila fikir kan class. sila jangan malas ye.ishh ! mana ada malas.saya rajin taw. mak saya pon cakap saya rajin. fine! kau memang perasan gila..

subject gua sem depan nih bai !
 
semoga sem depan lebih rajin dari sem ni (jangan cakap je.)..yesss! caiyok caiyok! aja-aja fighting(buat gaya sekali okeh..)

p/s: cuak nya nak tunggu result keluar.

Friday, November 19, 2010

Sem break !

YEAYYY !! MERDEKA !!woott apasal la excited sangat budak ni? gilo pe?
its now for holiday. lega rasanya otak ni bila dah abis exam. rasa relaks je. tenang setenang nya.dah tak ada lagi istilah 'stay up' sampai pagi. dan yang paling penting istilah EXAM is over..yeah !
so sekarang apa plan? tak kan nak habiskan cuti sem yang sebulan lebih dengan makan tido makan tido je. kalau tu je kerja nya lepas ni toksah la complaint kalau badan kembang macam tempayan. planning for part-time job tapi ada ke? cuti sem yang lepas-lepas tak pernah ada nya dapat kerja. bila tanya kerja kosong semua nak permanent..ishh..leceh betol ! sudah nya duduk rumah jadi penganggur. kenapa la susah sangat nak cari kerja? sila jawab please..saya nak tahu......

plan for holiday? ohh bunyi memang syok tapi nak cuti kemana? Ayah already asked for vacation but we all tak tahu nak pergi mana. tak apalah lets Ayah decide it later. I follow je.heheheh

will go for vacation at this placa someday..here I come bebeh !

Pulau Perhentian , Terengganu
Lang Tengah , Terengganu.

p/s : Harry Potter and The Deathly Hallows dah kuar. 
bila mawu nonton nya ya ?

Thursday, November 11, 2010

Breaking news !

okeh ! tajuk tak ada kene mengena dengan entry.
sekian..
*****
Date: 3rd November 2010
Venue: TGI Friday's , The Curve
no words can describe my feeling while celebrating my birthday with beloved boyfie together. just two of us with the TGI crews. the best part bila sierra (one of the crew) ask me to perform one song. dengan suara yang merdu tak sedap maka saya pun nyanyi lagu 'Nobody' tapi separuh je la. nak nyanyi sampai habis tak tahu. yang aku ingat 'I want nobody nobody but you' dengan gaya penyanyi jepun tu.cewahhhh..hahaha..
dear, 
thanks a lot of the great time together for celebrating my birthday. thanks too for the present..apa yang I harapkan hubungan kita berkekalan. I tak nak hadiah mahal-mahal tapi kalau u nak bagi I terima aje..hehehe.. I janji tak nakal , apa yang u suruh I ikut and I akan sokong apa pun yang u buat demi kebaikan i tapi bukan sokongan untuk u dengan perempuan lain okeh ? siap u nanti..last but no least i love u Sayang..
muka kelaparan..ngee~
 uit pandang la sini..khusyuk betol..
saya sangat lapar okeh ! menu 'bbq beef tacos with fries'
syaf with his menu 'south west macroni cheese with chicken grilled'
hahahha..kelaparan menguasai diri..
yess ! lapar ye bang??
kek ni seriously sangat sedap !

Date: 4 November 2010
Venue: Hostel , Bangsar (bilik 302)
there is a small celebration with beloved friends from balqis, fazi, shidah, lynda, fatin & kak yati. even hari jadi da lepas tapi dorang still celebrate..lagipun apa salahnya kalau nak celebrate birthday sebulan pun kan??
anyway,sangat-sangat terharu sebab diorang sangat bersusah payah nak rancang semua ni. to my roomate balqis no words can described it..i like the shawl ! i love that color. rancangan nak tengok aku melalak menjadi. meroyan aku menangis. dah penat-penat nangis suddenly diorang jerit SURPRISE ! Oh my God, kenapa aku tak fikir ni semua plan diorang? ye ye je aku nagis macam orang hilang laki. rupanya lakonan semata. I was thought it was true ada orang memburukkan aku konon nya aku ni bawak cerita pasal shidah.pandai pulak dia berlakon??hmmm.. dengan muka ala-ala pelakon yang baru menang award, shidah suruh aku keluar dari bilik dia.perghhh! part tu memang betul-betul buat aku nangis. pape pun thanks a lot of this surprise. it was really meaningfull from you guys.
berbaju hijau tu lah shidah





















my beloved roomates balqis & fazi
this is what i called SURPRISE !
p/s: next week ada paper final.sila study okeh?

Friday, October 8, 2010

Final Exam!

Morning readers and silent blogwalking! hows your day? aku baru je habis class System Admin.semput sekejap masuk class tu. bukan semput sebab berpenyakit tapi semput tengok lecturer tu. tadi ada quiz. ok lah.not bad! nasib baik ada toyol yang membantu. my exam's schedule dah keluar! tapi preparation exam satu benda belum buat. study pun ala kadar.aduhaii farhana.sila tolong study ye.kalau tidakkkkk

my schedule:
9 November -Tamadun Islam  
(dah macam sekolah menengah lak ada exam tamadun..hukhuk)
15 November - Lan & Wan Technology
16 November - System Admin
18 November - Microprocessor and Digital System


p/s: home sick already. bila nak balik jb ye?

Misteri : Part 2 (Ketukan!)

Korang pernah tak duduk asrama?hostel?okeh,kalau pernah duduk asrama/hostel sila teruskan baca entry ni ye? terus terang cakap time sekolah dulu aku tak pernah merasa duduk asrama. bila start buat diploma dengan degree baru la merasa duduk hostel. panjang pulak mukadimah. macam ni cerita nya kisah ni berlaku pada Balqis, my roomate. adik-adik dibawah 18 tahun sila dapat kebenaran ibu bapa dulu ye sebelum meneruskan pembacaan. 
benda ni berlaku minggu lepas. time tu semua orang tak ada dalam bilik termasuk lah aku(aku pergi mana ek?) nak dijadikan cerita Balqis kene ganggu dengan 'benda'.tak payah la aku nak explain ap benda kan.korang mesti tahu. tak tahu sila google tanya mak ngn pak hang naa. kejadian ni berlaku kira-kira pukul 1am. 'benda' tu mengetuk tingkap bilik kitorang and then diteruskan dengan ketukan di pintu..so....how come? boleh bayangkan jantung korang macam mana tak? konpem macam nak tercabut. memang tak lena si Balqis tido malam tu. da lah tinggal sorang.nak tak nak terpaksa la redha.

so bagi aku tak ada apa nak di komen pasal 'benda' ni sebab kita sebagai hamba Allah hanya menumpang. mungkin terdapat kehidupan lain yang kita tak tahu tentang kewujudannya. Jadi, sebagai makhluk ciptaan Allah yang serba kekurangan ni hendaklah sentiasa berdoa memohon perlindungan dari-NYA. sebab segalanya berlaku semua atas izin-NYA.

p/s: mak selalu pesan sebelum tido baca 
ayat kursi dan surah 3 qul.

Thursday, October 7, 2010

Quick update!

Final exam just around the corner. tinggal 3 minggu je lagi nak final. but assignment still banyak. lecturer non-stop bagi kerja. last week and this week memang busy. presentation ada 2. test dengan quiz bersambung-sambung. semalam baru lepas quiz microprocessor (fuh!! lega).harap-harap minggu ni semua kerja dapat di siapkan.insyaallah.

to-do-list for this week :
1. submit assignment Mandarin 
2. song presentation in Mandarin (Friday)
3. Microprocessor's report - tak start pape lagi.bila mahu buat der?

i'm going strees out like this cat..ehehehe

Monday, October 4, 2010

Raya vs Open House

Sebulan beraya rasa badan ni macam dipam-pam. berat sebelum raya 40kg jadi 50kg(hee..berat aku ke tuh?) habis baju ketat. paling ketara bila seluar jeans ketat. time tu la baru sedar rupa-rupa nya dah GEMOK. nak elak butang tercabut je bila pakai seluar. bila da tercabut tu confirm menandakan perut anda terdapat spare tyre yang tidak di jual kedai tayar.
bila bercakap soal berat ni semua bermula dengan makanan yang sedap-sedap bila pergi open house. maklumla time raya ni la kawan-kawan buat open house. tak kan nak makan sikit je kan. makanan pon boleh tahan sedap(tu yang bertambah 2 kali..heheh). bayangkan kalau sehari sampai 3 buah rumah buat open house? kalau sebuah rumah ada banyak makanan macam mana? kalau I ni kalau boleh semua nak rasa..ehehe..(mane la orang tak panggil debab)
beraya bersama kawan-kawan sekolah rendah.
Yuha, bestfriend since chilhood.





kawan-kawan unikl. shidah,zani,fara,mia,dyana
at Shidah's house.

Misteri : Part 1 (version nenek tua)

Dah lama aku tak update entry dalam ni. hari ni aku nak share something dengan korang semua.benda ni jadi kat diri aku dengan roomate aku sendiri (tapi lebih kepada roomate aku laa..ngee~) 
Semalam petang, aku dengan dak roomate Balqis lepak dalam bilik ( bilik 104). as usual kitorang buat hal sendiri. aku dengan laptop layan youtube yang si Balqis dok baring-baring dekat katil dia sambil dengar lagu.

Suddenly...

tiba-tiba aku dengar pintu tertutup. tergamam sekejap sebab aku tak nampak siapa yang datang. then Balqis pandang aku semacam. dalam hati kenapa budak ni pandang aku macam tu. then Balqis cakap dengan muka blur-blur.

roomate: fara, tadi aku nampak nenek tua!
aku: nenek mana pulak yang kau nampak? tadi siapa datang? (tertanya-tanya siapa yang buka pintu bilik aku)
roomate: orang yang bukak pintu tadi tu la!


seriously aku terkejut. cerita punya cerita Balqis kata nenek tu ada cakap something tapi dia tak dengar sebab earphone kat telinga. then, aku dengan Balqis terus buka pintu balik kot-kot nenek tu ada lagi. tapi hampeh sebab tak ada. yang ada budak bilik sebelah tetibe bukak pintu. terkejut kau kitorang. dah macam ape.
so disebabkan kitorang tak jumpa nenek tu so anggap jela perkara tu hal biasa.tak kan nak cakap h***u pulak. malas nak lebih-lebih. takut benda lain pulak jadi. apa pun hanya Allah je tahu.

p/s: sila pastikan pintu bilik sentiasa berkunci.nasib baik orang yang 
datang tak terus masuk bilik. kalau tu terjadi memang gamat jadi nye cik kiah oii.

Friday, July 30, 2010

Second week at campus.

Alhamdulillah.segalanya berjalan lancar. dah dua minggu class bermula.segalanya berjalan lancar walaupon ada sesetengah yang terpaksa diredhakan..macam pasrah je bunyi?memang pasrah sebab terpaksa drop e-math.itu je cara. ohh ok! ni just intro. da lama tak berblogging so macam2 nak update.

So, this week I sangat penat and kemalasan untuk mengupdate blog sangat kurang. class sampai malam jadi you guys paham2 jela kalau balik from class I buat ape.tak tahu dah. untuk sem ni I tak ada pegang jawatan utk any subject yg melibatkan project. just jawatan biasa2 aje. tak payah la bagitahu ek?tak penting pon. sem kali ni I terlibat dengan project yang melibatkan charity. project ni under subject profesional communication. insyaallah kalau tak ada pape aral my group akan start project ni dalam bulan puasa. mesti jadual aku pack kan? project charity ni bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. tak kisah la dari segi apa pun. kalau korang tengok program 'bersamamu-TV3' mesti korang tahu flow project ni. lebih kurang macam tu la kerja yang bakal I buat untuk sem ni. best kan? if korang nak menderma sangat lah dialu-alukan. any info I akan update.

p/s:  it would be nice.

Friday, July 23, 2010

Trouble come worst.

Tajuk entry macam besar sangat je masalah. tak apa lah. saja nak wat gimik kat blog sendiri. tak salahkan? When I post this entry i'm just away from my assignment. really tired for doing my 'homework'. like my lecturer  said "saya tak nak sebut assignment.saya lebih suka guna homework." motif? maybe some of psycology for us to do our task. but for me its still the same. kerja tetap kerja. kan? betol tak pelajar-pelajar??

checking my schedule make me pissed off already. that so nice for me when I got two subjects clashed in the same time. my subject registration also did not settle yet. how come? who should I blame? me? I'm just the student. so should I drop? the most craziest I think because I'm rushing to finish my study. doesnt important to know why. but maybe you know my silent reader. anyone can tell me?

can u make the simple thing more easier for us?please...i'm begging you!
(tetiba sesi meluah perasaan kat sini pulak. bajet orang nak layan la.)

try to figure out how to solve about my schedule but it stuck in my head. no solution except drop either one of them. oh please!! I don't want to do that. It will make trouble in future.

bayangkan lah..

kalau tiap-tiap sem ada masalah macam ni. memang jawabnya lama la aku ni nak habis study. dah tentu2 dan memang sah last semester aku kene bayar yuran sendiri. kalau aku ni anak orang kaya tak apa. bapak bisnes juta-juta aku memang tak kesah. tapi kalau bapak aku kaya sekalipun aku memang tetap kisah sebab aku belajar bukan free. guna duit tahu! bukan pokok duit-duit yang boleh petik sesuka hati datok nenek moyang anda. jadi kamu kamu dan sekalian silalah mudah kerja saya ye. terima kasih.

 nilah pokok duit-duit. bentuk dia bulat2 macam duit syiling.

p/s: perkara terpenting dalam hidup kita manusia selalu anggap remeh padahal benda tu perkara paling penting dalam hidup kita.kenapa ye? mungkin terlepas pandang kot.

Followers