Friday, October 8, 2010

Misteri : Part 2 (Ketukan!)

Korang pernah tak duduk asrama?hostel?okeh,kalau pernah duduk asrama/hostel sila teruskan baca entry ni ye? terus terang cakap time sekolah dulu aku tak pernah merasa duduk asrama. bila start buat diploma dengan degree baru la merasa duduk hostel. panjang pulak mukadimah. macam ni cerita nya kisah ni berlaku pada Balqis, my roomate. adik-adik dibawah 18 tahun sila dapat kebenaran ibu bapa dulu ye sebelum meneruskan pembacaan. 
benda ni berlaku minggu lepas. time tu semua orang tak ada dalam bilik termasuk lah aku(aku pergi mana ek?) nak dijadikan cerita Balqis kene ganggu dengan 'benda'.tak payah la aku nak explain ap benda kan.korang mesti tahu. tak tahu sila google tanya mak ngn pak hang naa. kejadian ni berlaku kira-kira pukul 1am. 'benda' tu mengetuk tingkap bilik kitorang and then diteruskan dengan ketukan di pintu..so....how come? boleh bayangkan jantung korang macam mana tak? konpem macam nak tercabut. memang tak lena si Balqis tido malam tu. da lah tinggal sorang.nak tak nak terpaksa la redha.

so bagi aku tak ada apa nak di komen pasal 'benda' ni sebab kita sebagai hamba Allah hanya menumpang. mungkin terdapat kehidupan lain yang kita tak tahu tentang kewujudannya. Jadi, sebagai makhluk ciptaan Allah yang serba kekurangan ni hendaklah sentiasa berdoa memohon perlindungan dari-NYA. sebab segalanya berlaku semua atas izin-NYA.

p/s: mak selalu pesan sebelum tido baca 
ayat kursi dan surah 3 qul.

No comments:

Post a Comment

Followers