Monday, October 4, 2010

Misteri : Part 1 (version nenek tua)

Dah lama aku tak update entry dalam ni. hari ni aku nak share something dengan korang semua.benda ni jadi kat diri aku dengan roomate aku sendiri (tapi lebih kepada roomate aku laa..ngee~) 
Semalam petang, aku dengan dak roomate Balqis lepak dalam bilik ( bilik 104). as usual kitorang buat hal sendiri. aku dengan laptop layan youtube yang si Balqis dok baring-baring dekat katil dia sambil dengar lagu.

Suddenly...

tiba-tiba aku dengar pintu tertutup. tergamam sekejap sebab aku tak nampak siapa yang datang. then Balqis pandang aku semacam. dalam hati kenapa budak ni pandang aku macam tu. then Balqis cakap dengan muka blur-blur.

roomate: fara, tadi aku nampak nenek tua!
aku: nenek mana pulak yang kau nampak? tadi siapa datang? (tertanya-tanya siapa yang buka pintu bilik aku)
roomate: orang yang bukak pintu tadi tu la!


seriously aku terkejut. cerita punya cerita Balqis kata nenek tu ada cakap something tapi dia tak dengar sebab earphone kat telinga. then, aku dengan Balqis terus buka pintu balik kot-kot nenek tu ada lagi. tapi hampeh sebab tak ada. yang ada budak bilik sebelah tetibe bukak pintu. terkejut kau kitorang. dah macam ape.
so disebabkan kitorang tak jumpa nenek tu so anggap jela perkara tu hal biasa.tak kan nak cakap h***u pulak. malas nak lebih-lebih. takut benda lain pulak jadi. apa pun hanya Allah je tahu.

p/s: sila pastikan pintu bilik sentiasa berkunci.nasib baik orang yang 
datang tak terus masuk bilik. kalau tu terjadi memang gamat jadi nye cik kiah oii.

No comments:

Post a Comment

Followers