Tuesday, April 26, 2011

Sahabat.

ingat tak time zaman sekolah tadika siapa sahabat korang? sekolah rendah? sekolah menengah? zaman kolej? zaman universiti? tak kan lah dari korang kecik sampai haq beso ni asik teman yang sama je. bukan aku nak kata tak ada tapi payah nak jumpa. sebabnya aku cakap macam tu yang pertama bila masuk nak masuk sekolah menengah tak kan aliran sama. kalau yang lebih sikit mesti dapat sains tulen. kalau nasib tak baik dapat akaun. tapi still boleh kawan lagi. sehati sejiwa gitu. yang kedua, lepas spm tak kan sama lagi kot ? tak kan korang share minat yang sama ? kalau share minat yang sama alhamdulillah.bagus teman ni.tapi pilihan universiti/kolej still sama jugak ? kadang-kadang minat mungkin sama tapi keenderungan untuk sama tempat mungkin tidak.

seriously aku cakap kawan baik aku dari tadika sampai sekarang lain-lain.maksud kat sini bukan tak kekal ke hape ke.jangan pikir bukan-bukan bole..? ada kang aku sepuk jendul kau nanti.oh!gurau je..:)
ok.mari berkenalan dengan kawan aku meh..lets check it out bebeh !

Yuha. member aku masa kecik-kecik dulu. zaman aku berhingus hijau lagi .sekolah tadika, rendah , sekolah agama semua  dengan dia.naik bus pon ngan dia.pendek kata semua dengan dia lah.now kat Universiti Utara Malaysia,Sintok. dok sambung study kat sana. amik course apa aku tak ingat tapi lebih kurang macam mass comm. i lebiu laa yuha.lama tak jumpa kau.
yang ni Aisyah. kawan aku masa sekolah menengah.sempoi,cool,brutal,macam jantan.senang cerita zaman sekolah macam tak ada talent jadi perempuan.bab terpekik terlolong ,tibai student lelaki bagi kat dia.kejap je settle.sape2 yang satu sekolah dengan aku konpem kenal dengan minah ni.ganaz! sebab tu jadi pengawas. garang nak mampos.HAHHA.. kalau korang nak tahu,dulu kalau time bahasa melayu or BI, karangan dia semua suruh aku buat. alasan dia "kita tak suka la awak buat benda ni. tak tahu nak karang macam mana.buatkan eh?" aku pulak mulut membebel je keje nya tapi tangan capai buku terus siapkan karangan si aisyah ni.padahal hati separuh rela time tu guwa cakap lu.haha..memang kelakar kalau diingat balik zaman sekolah.rasa nak undur je masa. now dia jadi pegawai angkatan tentera. aku tak ada nye nak minat pasal kawad semua ni..>,<
yang ni Qiet. ni pon kawan aku time sekolah menengah jugak.tapi tak serapat masa diploma dulu. tak sangka kitorang satu bilik even berlainan course. sejak tu la kitorang rapat sampai sekarang.walaupun mood dia ni macam puting beliung tapi so far kami masih lagi calling sampai sekarang.no gaduh-gaduh haa..dushh >>0_o)! alhamdulillah.
dyana ♥ shida ♥ fara
mereka kawan-kawan saya.Allah anugerahkan mereka disaat aku perlukan seseorang.terima kasih ye banyak tolong aku kawan-kawanku. :')
p/s: ada sesetengah perkara yang kita patot buang dan tak perlu diingat.
hargailah mereka selagi ada.

Monday, April 25, 2011

Wish.

my wishes :
1. get scholarship to further my study in oversea (maybe someday for Master)
2. going to Korea. i wish i can go this time but this time was not my fortune.
3. become more smarter.HEHEHE
4. nak jadi yang lebih baik sebagai seorang muslimah. i'm not good enough as a muslim.
5. improve my self-confidence.
6. nak belajar masak. sweet kan? (:
7. nak habiskan degree secepat mungkin then cari kerja and dapat gaji yang best.
8. teringin nak ada blogshop sendiri. tapi tak berkesempatan nak melaksanakan nya.
9. be happy with the one I love. harap berpanjangan.Insyaallah.
10. hope I can do more better this coming final exam and score dean list.amin.

Sunday, April 3, 2011

Lain orang lain pendapat.kan?

Assalamualaikum ..
malam ni tak ada cerita apa sangat pun aku nak bagitahu. cuma nak share something dengan uols je.bunyi macam hot story aje. before ada fb aku selalu main myspace. tahu tak myspace tu apa? ke uols semua terlebih update sebab tak kenal myspace.okei abaikan ! aku bukan nak cerita pasal myspace or fb. dulu kat myspace aku ada blog. lebih kurang macam blogspot jugak boleh post entry. macam-macam jugak la post aku tapi semua heart-feeling punya cerita. geli pulak aku baca.HAHA.

one of my post is:
kenapa kalau kita kehilangan orang tersayang baru kita akan sedar orang tu dah tak ada dengan kita?kalau kita sayangkan seseorang tu kenapa apa yang kita harapkan dari dia lain dari apa yang kita impikan? dan kenapa kita sedih kehilangan orang tersayang dalam hidup kita? antara persahabatan dan percintaan semuanya penting. tanpa persahabatan tiada percintaan.tanpa percintaan tiada persahabatan. can u comment it ?

jiwang tak? as a normal human being uols mesti akan rasa macam ni jugak cuma kadang-kadang akal yang menidakkan apa yang kita fikir. apa yang aku post itulah yang aku rasa time tu. bila baca dengan keadaan sekarang sumpah aku rasa macam haihh..apekebende nih ?berlagak gile pompuan ni.padahal dia yang tulis.. :] so agak-agak korang ada ke nak layan post aku yang jiwang semacam ni? 


here is the comment:
kita kehilangan orang tersayang mungkin dapat dibahagi dengan beberapa sebab.memang terbukti & ternyata kadang-kadang tu kita tak sedar bila kita terlalu sayangkan sesuatu itu dan kita tak sedar & tak dapat menjangka yang seseorang itu akan hilang daripada hidup kita.mungkin kita kehilangan atas sebab kasih sayang yang tak berbelah bagi atau mungkin kita kehilangan dengan sebab segala-gala nya.memang dah lumrah hidup bila sesebuah pasangan percintaan itu baru berputik, setiap pasangan antara lelaki dan perempuan akan meletakkan harapan yang amat tinggi pada setiap pasangan masing-masing. memang kita boleh letakkan harapan pada orang yg kita sayang tapi kita tak boleh berharap apa yang kita impikan sebab tak semestinya apa yang kita impikan tak semestinya ada pada diri pasangan kita.sifat sayang dalam persahabatan digunakan dengan akal & fikiran. sifat sayang dalam percintaan digunakan dengan hati. hilang kawan boleh dicari ganti tapi hilang orang tersayang memang susah untuk dicari.oleh itu,pengorbanan lebih penting dari segala-galanya.berkorbanlah untuk sesuatu yang terbaik untuk diri kita.


-- komen asal panjang giler. aku rasa konpem korang malas nak baca. so aku pendekkan je.benda ni da 2 tahun terperam dalam ms.saje je nak buat tatapan nak share. but at the first sight bila aku baca benda ni rasa macam..hell! what happen huh? when i read it twice i shud admit thats really in-to-it me.

thanks guys for reading! :)
p/s: its hurt me sometimes.

Followers