Tuesday, October 5, 2010

Kuning Diraja

Tengok perkataan 'Diraja' mesti korang pelik kan?ada anak raja kapoor masuk meminang ke?ishh nak jugak cakap anak raja masuk meminang. berangan lebih kau ni Farhana.jangan salah faham lak ye.sebelum tu nak minta maaf minta ampun awal-awal mana la tahu kot-kot ada anak raja yang singgah sini. 
'Kuning Diraja'(siap highlight lagi kasi jelas sejelas-jelas nya) tu tema baju I dengan Syaf & The geng. kalau korang nak tahu punya la seksa nak mencari colour kuning terang. tak tahu la berapa kali tawaf Jln Tar cari baju. but at last alhamdulillah sebab jumpa jugak baju yang I nak tapi colour lain sikit. (janji cun).
INILAH HASILNYA
  
sedondon berpakaian kuning.
pasangan kiri: dilla& mirul xxx pasangan kanan:den&adik beliau(maaf,tak tahu nama)

siapa paling meriah?
from left Zana, Mirul,Anis, Syaf

kepenatan ye kamu bertiga?
PENAMPILAN ISTIMEWA ..jeng jeng jeng
Syafrin & Farhana
Pape pun raya kali ni best sebab I dapat beraya dengan kawan-kawan.paling penting keayuan colour baju paling menyerlah. mana ada yang berani pakai KUNING macam kami. pergi open house orang dok usha.anak sapo la neh? cantik betoii..hehehee
p/s: pada mirul serta den, aku pinjam gamba korang..
jangan marah naa.. 
 

Monday, October 4, 2010

Raya vs Open House

Sebulan beraya rasa badan ni macam dipam-pam. berat sebelum raya 40kg jadi 50kg(hee..berat aku ke tuh?) habis baju ketat. paling ketara bila seluar jeans ketat. time tu la baru sedar rupa-rupa nya dah GEMOK. nak elak butang tercabut je bila pakai seluar. bila da tercabut tu confirm menandakan perut anda terdapat spare tyre yang tidak di jual kedai tayar.
bila bercakap soal berat ni semua bermula dengan makanan yang sedap-sedap bila pergi open house. maklumla time raya ni la kawan-kawan buat open house. tak kan nak makan sikit je kan. makanan pon boleh tahan sedap(tu yang bertambah 2 kali..heheh). bayangkan kalau sehari sampai 3 buah rumah buat open house? kalau sebuah rumah ada banyak makanan macam mana? kalau I ni kalau boleh semua nak rasa..ehehe..(mane la orang tak panggil debab)
beraya bersama kawan-kawan sekolah rendah.
Yuha, bestfriend since chilhood.





kawan-kawan unikl. shidah,zani,fara,mia,dyana
at Shidah's house.

Misteri : Part 1 (version nenek tua)

Dah lama aku tak update entry dalam ni. hari ni aku nak share something dengan korang semua.benda ni jadi kat diri aku dengan roomate aku sendiri (tapi lebih kepada roomate aku laa..ngee~) 
Semalam petang, aku dengan dak roomate Balqis lepak dalam bilik ( bilik 104). as usual kitorang buat hal sendiri. aku dengan laptop layan youtube yang si Balqis dok baring-baring dekat katil dia sambil dengar lagu.

Suddenly...

tiba-tiba aku dengar pintu tertutup. tergamam sekejap sebab aku tak nampak siapa yang datang. then Balqis pandang aku semacam. dalam hati kenapa budak ni pandang aku macam tu. then Balqis cakap dengan muka blur-blur.

roomate: fara, tadi aku nampak nenek tua!
aku: nenek mana pulak yang kau nampak? tadi siapa datang? (tertanya-tanya siapa yang buka pintu bilik aku)
roomate: orang yang bukak pintu tadi tu la!


seriously aku terkejut. cerita punya cerita Balqis kata nenek tu ada cakap something tapi dia tak dengar sebab earphone kat telinga. then, aku dengan Balqis terus buka pintu balik kot-kot nenek tu ada lagi. tapi hampeh sebab tak ada. yang ada budak bilik sebelah tetibe bukak pintu. terkejut kau kitorang. dah macam ape.
so disebabkan kitorang tak jumpa nenek tu so anggap jela perkara tu hal biasa.tak kan nak cakap h***u pulak. malas nak lebih-lebih. takut benda lain pulak jadi. apa pun hanya Allah je tahu.

p/s: sila pastikan pintu bilik sentiasa berkunci.nasib baik orang yang 
datang tak terus masuk bilik. kalau tu terjadi memang gamat jadi nye cik kiah oii.

Followers