Tuesday, April 26, 2011

A Crazy Little Thing Called Love

final exam lagi dua minggu tapi aku ? haihh..masih lagi dibuai perasaan-perasaan yang...err..ape aku mengarut ni daa.ehee.sorry :') semalam aku baru je habis tengok citer thailand. citer romantic okehh ! so cuteee..eee apsal aku macam jakun pulak neh.

seriously cerita ni sangat best. korang tengok lah. input from this movie sangat ok. tak berat. even cerita ni pasal chenta budak sekolah tapi banyak la pengajaran yang boleh di amik especially yang sibuk bercinta je macam aku. hikhik..konpem tak menyesal tengok citer ni.jalan cerita simple.klimaks pun simple and ending ??jeng..jeng..jeng.."kau tengok la.tak kan aku nak cerita pulak..ishh!" 
pelakon? tok sah cakap la.hensem! mesti dok bagi yang ensem dan cun. kalau sememeh sapo nak nengok? tapi awal-awal cerita heroin memang tak lawo. comot je muka. aku pon malas nak cerita panjang berjela.so apa kata korang beli cd dia and layan.download sude.. amacam okei ? okei baguuuuuuss!
for the first starting heroin yang sangat comot. tak cantik la senang cerita.

tapi 
..
..
..
tadaaa ! cantik kan ? macam mana dia boleh jadi cantik? botox? plastic surgery ? kalau nak tahu sila tengok tapi for sure aku cakap disebabkan CINTA  ia boleh mengubah kehidupan seseorang. selamat menonton.

" don't find love, lets love find you.
thats why its called falling in love,
because you don't force yourself to fall.
you just fall "

Intra.Campus.TimesSquare.Jalan-jalan

tak lama lagi nak Intra.maksud saya praktikal ye puan-puan. pepagi aku dah mencanak kat campus pukul 8.30am. perkara wajib mestilah breakfast dok pekena nasi goreng dengan teh o panas.slurrpp! boleh la tahan. gedebak gedebuk gedebak gedebuk aku teros pergi briefing praktical. pot pet pot pet..selesai jugak. dalam hati "pergi briefing bukan main ye ye je.tempat praktikal pon tak dak lagi."


habis je briefing terus pergi amik slip exam.amik kau kene denda.siapa suh amik slip lambat. tapi tak apa. dah memang aku sendiri yang nak amik lambat. so bayau je la. padahal pocket da kering ni bai . then, pergi TS. no motif. but actually usha dress, kasut and skirt. criusly sangat cantik. aku rasa this time setiap kedai aku masuk. dyana pun melayan. dak-dak ni pon aku tengok sama excited tapi beli nye idak ler.almaklumla dah hujung bulan..ngee~

"i will buy them next month"
"no you can't !"- mayb he will say like this if i said so. tapi tak kot. kan sayang ? :')

Sahabat.

ingat tak time zaman sekolah tadika siapa sahabat korang? sekolah rendah? sekolah menengah? zaman kolej? zaman universiti? tak kan lah dari korang kecik sampai haq beso ni asik teman yang sama je. bukan aku nak kata tak ada tapi payah nak jumpa. sebabnya aku cakap macam tu yang pertama bila masuk nak masuk sekolah menengah tak kan aliran sama. kalau yang lebih sikit mesti dapat sains tulen. kalau nasib tak baik dapat akaun. tapi still boleh kawan lagi. sehati sejiwa gitu. yang kedua, lepas spm tak kan sama lagi kot ? tak kan korang share minat yang sama ? kalau share minat yang sama alhamdulillah.bagus teman ni.tapi pilihan universiti/kolej still sama jugak ? kadang-kadang minat mungkin sama tapi keenderungan untuk sama tempat mungkin tidak.

seriously aku cakap kawan baik aku dari tadika sampai sekarang lain-lain.maksud kat sini bukan tak kekal ke hape ke.jangan pikir bukan-bukan bole..? ada kang aku sepuk jendul kau nanti.oh!gurau je..:)
ok.mari berkenalan dengan kawan aku meh..lets check it out bebeh !

Yuha. member aku masa kecik-kecik dulu. zaman aku berhingus hijau lagi .sekolah tadika, rendah , sekolah agama semua  dengan dia.naik bus pon ngan dia.pendek kata semua dengan dia lah.now kat Universiti Utara Malaysia,Sintok. dok sambung study kat sana. amik course apa aku tak ingat tapi lebih kurang macam mass comm. i lebiu laa yuha.lama tak jumpa kau.
yang ni Aisyah. kawan aku masa sekolah menengah.sempoi,cool,brutal,macam jantan.senang cerita zaman sekolah macam tak ada talent jadi perempuan.bab terpekik terlolong ,tibai student lelaki bagi kat dia.kejap je settle.sape2 yang satu sekolah dengan aku konpem kenal dengan minah ni.ganaz! sebab tu jadi pengawas. garang nak mampos.HAHHA.. kalau korang nak tahu,dulu kalau time bahasa melayu or BI, karangan dia semua suruh aku buat. alasan dia "kita tak suka la awak buat benda ni. tak tahu nak karang macam mana.buatkan eh?" aku pulak mulut membebel je keje nya tapi tangan capai buku terus siapkan karangan si aisyah ni.padahal hati separuh rela time tu guwa cakap lu.haha..memang kelakar kalau diingat balik zaman sekolah.rasa nak undur je masa. now dia jadi pegawai angkatan tentera. aku tak ada nye nak minat pasal kawad semua ni..>,<
yang ni Qiet. ni pon kawan aku time sekolah menengah jugak.tapi tak serapat masa diploma dulu. tak sangka kitorang satu bilik even berlainan course. sejak tu la kitorang rapat sampai sekarang.walaupun mood dia ni macam puting beliung tapi so far kami masih lagi calling sampai sekarang.no gaduh-gaduh haa..dushh >>0_o)! alhamdulillah.
dyana ♥ shida ♥ fara
mereka kawan-kawan saya.Allah anugerahkan mereka disaat aku perlukan seseorang.terima kasih ye banyak tolong aku kawan-kawanku. :')
p/s: ada sesetengah perkara yang kita patot buang dan tak perlu diingat.
hargailah mereka selagi ada.

Followers