Just want to share what I've read just now. Semoga ilmu yang dikongsi dimanfaatkan bersama =)
" Terdapat beberapa kelebihan yang telah disebut Rasulullah saw bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. "
Antara kelebihannya mengikut beberapa hadith:
1. Abu Sa'id al-Khudri ra , beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda " Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jummat, maka Allah terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat. " (HR al-Hakim dan Baihqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah saw, Baginda bersabda yang maksudnya "Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hinnga lapan hari daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya." (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
Antara kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang :-
1. Kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim.
2. Kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH
3. Kisah Nabi Musa dan Khidir
4. Kisah Dzulkarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.Sekian sahaja..
Sumber: http://akuislam.com